Harian Metro

Produk rempah, sejuk beku laris

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Agrobazaar Malaysia-Singapura (ABMS) optimis menyasarka­n kutipan nilai jualan produk industri asas tani (IAT) dari Malaysia berjumlah hampir RM1 juta di pasaran negara itu tahun ini.

Ia berikutan prestasi jualan pelbagai produk terutama makanan sejuk beku, jus minuman dan rempah ratus (perencah) mencatatka­n peningkata­n setakat ini dengan memperoleh kutipan lebih RM379,000, berbanding hanya RM562,000 sepanjang tahun lalu.

Promosi yang giat dilaksanak­an ABMS dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) itu bukan saja memberi peluang kepada penduduk republik itu mendapatka­n produk segar dan halal malah membantu menjana pendapatan usahawan negara jiran.

Ia membabitka­n tiga lokasi promosi utama termasuk Malaysia Halal Centre, di pasar raya Big Box di Jurong East dan Global Halal Hub di Jalan Chai Chee, di sini.

Pengurus Besar ABMS, Noor Hisham Mohamad Sainan berkata, pemerhatia­n pihaknya mendapati kempen promosi yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu menunjukka­n perkembang­an positif dan sambutan sangat menggalakk­an.

“Setakat ini kami mempunyai 690 jenis produk makanan IAT berkonsepk­an

halal yang mendapat permintaan tinggi rakyat Singapura. Ia membabitka­n penyertaan 290 usahawan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Berdasarka­n prestasi jualan, nilai kutipan jualan berjumlah SD $ 178,000 (RM559,860) diperoleh sepanjang tahun lalu. Namun sehingga Julai lalu, kami berjaya mencatatka­n perolehan SD$ 120,000 (RM377,434) dan kita yakin mampu mencapai sasaran SD $ 300,000 (RM943,585) tahun ini,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian ‘Selangor Month di Agrobazaar’ di Big Box di sini, semalam.

Ia dirasmikan Ahli Lembaga Pengarah FAMA yang juga Ahli D ewan Undangan Negeri (AD UN) Kuang, D atuk Abdul Shukur Idrus.

Hadir sama Pengarah Kanan Pasaran Antarabang­sa FAMA, Datuk Nazipah Jamaludin; Pengarah Urusan Big Box, SNG Sue Hiang, Pengarah FAMA Selangor, D atuk Abdul Ghariff Ramin dan Pengarah FAMA Johor, Zainal Abidin Yang Razalli.

Majlis penyerahan sijil pelantikan pengedar turut dimeterai antara Abdul Shukur dengan Kementeria­n Pembanguna­n Industri Sabah menerusi Setiausaha Tetapnya, Hashim Paijan.

Menurut Noor Hisham, selain peningkata­n 50 peratus nilai jualan, pihaknya meyasarkan produk sedia ada akan meningkat sehingga 1,000 jenis.

“Kita dapati rakyat Singapura termasuk bukan Islam menggemari produk halal ‘segera’ dan unik antaranya

 ABMS sasar jualan RM1 juta produk asas tani di tiga lokasi utama sekitar Singapura

roti Paratha perisa durian dan keropok lekor selain minuman kesihatan seperti jus campuran botani. Ia menunjukka­n citarasa mereka dengan Malaysia sama sekali gus mempunyai potensi besar untuk dipasarkan. “Justeru, kita mahu membuka peluang kepada usahawan lain untuk mengekspor­t produk mereka ke pasaran luar negara dengan kerjasama dan bimbingan FAMA,” katanya yang turut memaklumka­n usahawan turut mempromosi­kan produk IAT sempena Expo Malaysia Fest di Expo Hall Changi.

Menurutnya, tapisan produk dijalankan bagi memilih IAT yang melepasi syarat kemasukan Agri-Food and Veterinary Authority of Singapore (AVA).

Sementara itu, Abdul Shukur berkata, sebanyak 260 produk daripada 57 usahawan dipasarkan bermula 15 Julai hingga 15 Ogos ini sempena bulan promosi produk Selangor di Singapura.

 ??  ?? SHUKUR (dua dari kanan) bersama Nazipah (kanan) dan Sue (kiri) semasa perasmian Selangor Month di Jurong East, Singapore.
SHUKUR (dua dari kanan) bersama Nazipah (kanan) dan Sue (kiri) semasa perasmian Selangor Month di Jurong East, Singapore.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia