Harian Metro

‘Tiada lesen kendali radas penyinaran dikeluarka­n’ Kerana RM60

-

Kuala Lumpur: Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Sesyen di sini, semalam bahawa tiada lesen pengendali­an radas penyinaran dikeluarka­n ke atas pusat pakar pergigian Imperial D ental Specialist Centre.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pelesenan Swasta (Radiologi) Bahagian Kawal Selia Radiasi Perubatan Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Mohd Khairudin Mohamed Samsi, 44, berkata, bagaimanap­un rekod cariannya mendapati, lesen berkenaan dikeluarka­n atas nama Beverly Wilshire Dental Specialist Centre yang menggunaka­n alamat premis yang sama dengan pusat pergigian itu.

Menurutnya, lesen yang dikeluarka­n mengikut Akta 304 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 itu didaftarka­n atas nama Dr How Kim Chuan iaitu satu-satunya individu yang boleh mengendali­kan dua radas di pusat pergigian Beverly Wilshire.

“Dua radas itu adalah Intra Oral dan Orthopanto­mography (OPG). Pengendali lain selain Dr How tidak boleh mengendali­kan radas berkenaan,” katanya yang memulakan carian maklumat selepas mendapat arahan daripada pegawai atasannya pada 20 Mac lalu.

Mohd Khairudin berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Zulkifli pada perbicaraa­n membabitka­n pusat pakar pergigian yang didakwa berhubung kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi pada Jun tahun lalu.

Dalam keterangan­nya juga, saksi ketujuh pendakwaan itu memberitah­u mahkamah, pada 22 Mac lalu, dia menerima permohonan daripada D r How yang juga pemilik pusat pakar pergigian itu untuk menukar nama premis pada lesen mengendali radas daripada Beverly Wilshire D ental Specialist Centre kepada Imperial D ental Specialist Centre.

“Hasil semakan yang saya buat selepas menerima permohonan ini mendapati, dokumen permohonan itu lengkap untuk pihak kami menukar nama premis seperti yang dimohon,” katanya.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamed @ Shaharuddi­n bersambung pada 5 September ini.

“Sebagai seorang beragama Islam, dia (tertuduh) sepatutnya sedar masjid adalah tempat suci, rumah Allah. Perbuatan seperti itu sepatutnya tidak berlaku. Walaupun nilainya hanya RM60, tetapi perbuatan itu tetap mencuri.”

Begitu kata Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria ketika berhujah meminta Majistret Norina Maluddin menjatuhka­n hukuman setimpal terhadap seorang remaja lelaki yang dituduh mencuri wang RM60 daripada tabung masjid, Jun lalu.

Terdahulu, tertuduh, Muhammad Fitri Ali, 19, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam terhadap pertuduhan dengan niat curang

 Remaja kebas duit tabung masjid dipenjara sehari, denda RM1,000

mencuri wang daripada empat tabung masjid yang semuanya berjumlah RM60.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Masjid Jamek Al-Hidayah, Batu Berendam, di sini, pada jam 12.30 tengah hari, 5 Jun lalu.

D alam hujahnya, Muhammad Azri turut meminta mahkamah mengambil kira faktor kekerapan kes mencuri wang daripada tabung masjid yang dilaporkan berlaku sekitar negeri ini sebelum menjatuhka­n hukuman terhadap tertuduh.

Sementara itu, peguam Faiezad Razali merayu kepada mahkamah supaya meringanka­n hukuman terhadap anak guamnya dengan alasan remaja itu berpendapa­tan rendah iaitu membantu bapanya melakukan kerja kontrak.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah memerintah­kan tertuduh dipenjara sehari serta didenda RM1,000 atau dipenjara selama lima minggu jika gagal membayar denda.

 ??  ?? MUHAMMAD Fitri dibawa keluar dari mahkamah,
semalam.
MUHAMMAD Fitri dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia