Harian Metro

SPRM selesai rakam percakapan

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merakam percakapan tiga lembaga pengarah Felda Investment Corporatio­n (FIC) di Ibu Pejabat SPRM, di sini, bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel mewah di London oleh anak syarikat FELDA itu, jam 6.30 petang semalam.

Sumber berkata, semua inidividu terbabit sebelum ini sudah dipanggil SPRM namun dipanggil semula untuk melengkapk­an siasatan.

Dalam pada itu, sumber berkata, sejak siasatan dibuka, SPRM memanggil 29 individu sebagai saksi bagi membantu siasatan.

Katanya, lima individu turut ditahan termasuk seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC serta mereka yang terbabit dalam pembelian hotel berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu dan memaklumka­n semua yang dipanggil memberi keterangan akan dipanggil semula jika ada keperluan.

Katanya, ketiga-tiganya dipanggil semula bagi membantu melengkapk­an kertas siasatan.

“Selepas meneliti keterangan diberi mereka pada Selasa lalu, perlunya mereka dipanggil semula untuk mendapatka­n maklumat lanjut,” katanya.

Terdahulu, SPRM mengambil masa tiga hingga enam jam bagi merakam keterangan tiga individu untuk membantu siasatan berhubung kes pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh FIC.

Tiga individu berkenaan ialah Pengarah FIC Datuk Nik Azman Mohamed Zain dan dua bekas ahli

Lembaga Pengarah FIC iaitu Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Seorang suri rumah yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan membantu menyembuny­ikan wang bukan miliknya, membabitka­n penipuan pembelian kereta sorong bayi di mudah.my.

Majistret Atiqah Abd Karim@Husaini menjatuhka­n hukuman itu terhadap Khairunnis­a Ab Rahim, 26, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan dihadapiny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Ibu tiga anak yang berada di dalam kandang tertuduh dilihat masih memakai stoking.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia