Harian Metro

Empat titik panas

- Suzaini Sulaiman am@hmetro.com.my

 Kebakaran Hutan Simpan Raja Musa berbaki 10 hektar selepas berjaya dipadam dengan bantuan anggota bomba, GEC dan APM

Kebakaran kawasan Hutan Simpan Raja Musa di sini, masih berbaki 10 hektar lagi selepas 110 hektar kawasan yang terbakar berjaya dipadamkan.

Pengerusi Bencana Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, kawasan terjejas itu membabitka­n kawasan Parit 1 sehingga Parit 4.

Beliau berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mengesan empat titik kebakaran di kawasan terjejas dan pemantauan dilaksanak­an secara berterusan.

“Tiga pasukan JPNS, satu pasukan badan bukan kerajan, Global Environmen­t Centre (GEC) dibantu pasukan bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terbabit dalam operasi pemadaman ini,” katanya di sini semalam.

Shamsul Shahril Badliza berkata, keadaan cuaca semalam panas serta berangin dan kerja memadamkan kebakaran masih terkawal dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Teknologi drone digunakan untuk membantu melihat dengan lebih jelas kawasan mana yang terjejas.

“Untuk operasi hari ini (semalam), pasukan yang terbabit meneruskan kaedah ‘direct attack’ dan masuk ke kawasan kebakaran dengan lebih dekat menggunaka­n pam berkuasa tinggi.

“Tumpuan kawalan kebakaran tertumpu di jalan darat saja dan kaedah ‘water bombing’ dihentikan kerana operasi setakat ini masih terkawal.

“Meskipun kawasan terjejas terkawal, kami jangka dalam tempoh seminggu operasi memadam kebakaran ini boleh dihentikan bagi memastikan api padam sepenuhnya,” katanya.

 ??  ?? PIHAK bertanggun­gjawab berusaha memadamkan kebakaran di Hutan Simpan Raja Musa.
PIHAK bertanggun­gjawab berusaha memadamkan kebakaran di Hutan Simpan Raja Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia