Harian Metro

Mengaku bersalah merusuh di balai polis

-

Petaling Jaya: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan merusuh dengan memecahkan cermin kaunter pertanyaan Balai Polis Damansara, Ahad lalu.

Tertuduh P Selvan, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Abd Karim@Husaini.

Bagaimanap­un, mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani pemeriksaa­n mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak sebelum menjatuhka­n hukuman.

Dalam prosiding itu, tertuduh menangis sambil memandang ke arah keluargany­a selain dilihat bercakap sendirian.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merusuh dan berkelakua­n tidak senonoh di kaunter pertanyaan Balai Polis Damansara di sini pada jam 3.30 petang, 6 Ogos lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam bela Datin Raj Preet Kaur yang mewakili tertuduh merayu tidak dijatuhi hukuman penjara terhadap anak guamnya atas alasan isteri tertuduh mengandung anak ketiga.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos ini untuk mendengar keputusan laporan mental. Dakwaan pemilik rumah Residensi Kerinchi tidak mampu tinggal di perumahan berkenaan kerana perlu membayar kos penyelengg­araan yang tinggi adalah tidak benar.

Ini kerana yuran penyelengg­araan untuk tahun pertama ditanggung sepenuhnya oleh pemaju.

Malah pihak syarikat menyediaka­n dana RM1 juta yang mampu digunakan untuk memberi subsidi kepada kos penyelengg­araan sehingga cukup untuk dua tahun lagi kepada pemilik Rumah Pangsa 4 tingkat yang menduduki semula rumah Residensi Kerinchi.

Demikian tegas Pengarah Syarikat,

Pemaju Suez Domain Sdn Bhd, Abdul Hadi Ahmad berhubung dakwaan beberapa penduduk yang enggan berpindah dan mahu terus menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi yang sepatutnya menjadi rumah transit pembinaan Residensi Kerinchi.

Menurutnya, pihak syarikat juga memberikan aset lain seperti unit rumah, parkir dan premis perniagaan yang diseliakan koperasi penduduk itu sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia