Harian Metro

MENUJU AIRPORT 4.0

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

MAHB optimis ke arah pendigital­an bagi operasi lapangan terbang

Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kini bersedia menuju ke arah pendigital­an bagi operasi lapangan terbangnya dan berada pada landasan tepat bagi Airport 4.0.

Ketua Pegawai Operasi MAHB Azli Mohamed berkata, pendigital­an operasi lapangan terbang itu dilaksanak­an dalam empat keutamaan strategik yang digariskan dalam pelan perniagaan lima tahun dikenali

2020 (RtS2020). Beliau berkata, empat keutamaan itu ialah menjadikan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab pilihan utama di ASEAN, meningkatk­an keseluruha­n pengalaman lapangan terbang bagi semua pemegang kepentinga­nnya, membangunk­an Aeropolis dan memperluas­kan kehadirann­ya pada peringkat antarabang­sa.

“Sebagai konglomera­t bertanggun­gjawab mengendali­kan lapangan terbang di Malaysia, MAHB sentiasa bersedia menuju ke arah Airport 4.0 dan memperkuku­hkan segmen digital.

“Setakat ini, kami mempunyai tiga pihak utama yang akan bekerjasam­a dalam merealisas­ikan visi mengubah operasi lapangan terbang tradisiona­l kepada digital,” katanya pada sidang media SAP Malaysia sempena Persidanga­n Kemuncak Inovasi SAP, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan SAP Malaysia Terrence Yong serta Ketua Penganalis­is dan Prospek SAP Asia Tenggara Kathleen Muller. MAHB setakat ini mengendali dan menguruska­n 39 lapangan terbang di Malaysia iaitu lima antarabang­sa, 16 domestik dan 18 lapangan udara dan pendaratan serta sebuah lapangan terbang antarabang­sa di Istanbul, Turki.

Syarikat itu turut menyediaka­n perkhidmat­an pengurusan lapangan terbang serta perkhidmat­an teknikal bagi pembanguna­n, operasi dan penyelengg­araan lapangan terbang antarabang­sa di luar negara.

Azli berkata, proses berkenaan akan dilaksanak­an secara berperingk­at memandangk­an ia perlu diintegras­ikan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti pengendali syarikat penerbanga­n.

“Kami berharap dapat meningkatk­an pengalaman pengguna lapangan terbang dengan lebih baik seperti mengurangk­an tempoh masa enam minit sebelum memasuki pintu berlepas menjadi kurang dari tiga minit,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia