Harian Metro

Jumlah FDI masuk ke ASEAN meningkat

-

Kuala Lumpur: Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke negara ASEAN terus mencatatka­n peningkata­n tahun ini dan dijangka mencapai lebih AS$100 bilion, berbanding AS$96.7 bilion (RM415 bilion) yang dicatatkan setakat ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, prestasi berkenaan secara tidak langsung memberi manfaat kepada syarikat Malaysia khususnya daripada aspek perdaganga­n dan pelaburan, selain perkongsia­n teknologi dan tawaran pekerjaan.

“Prestasi berkenaan menunjukka­n bahawa semua pihak kini menikmati kejayaan ASEAN dan saya percaya semua negara anggota berbangga menjadi sebahagian daripada ASEAN, termasuk Malaysia,” katanya pada Forum Pelaburan Intra-ASEAN, di sini, semalam.

Menurutnya, terdapat pemulihan sederhana dalam aliran FDI global dan sebagai komuniti yang terdiri daripada lebih 630 juta orang, ASEAN mempunyai peluang mendapat manfaatnya.

“Aliran masuk FDI ke negara-negara anggota ASEAN selama lima tahun terakhir (2012-2016) berjumlah AS$565.5 bilion (RM2.42 trilion) dengan pelabur utama yang berasal dari ASEAN, Kesatuan Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat,” katanya.

Mengenai perdaganga­n intra-ASEAN, beliau berkata, terdapat aliran menaik disebabkan kos rendah menjalanka­n perniagaan di rantau ini.

“Tahun lalu, syarikat ASEAN melabur AS$23.9 bilion (RM103 bilion) di rantau ini, naik 12.2 peratus daripada 2015. Aliran masuk dari negara anggota ASEAN ke Malaysia semakin meningkat dari RM1.8 bilion pada 2010 kepada RM11.6 bilion pada 2015,” katanya.

Antara syarikat ASEAN terkemuka yang melabur di Malaysia ialah Charoen Pokphand, Wilmar, Musim Mas, Tipico Asphalt dan Kumpulan TCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia