Harian Metro

Cabutan bertuah sehingga 60% diskaun

-

SP Setia Group (SP Setia) bakal menganjurk­an program ganjaran sebagai kempen bersempena sambutan kemerdekaa­n Malaysia ke-60 tahun ini.

Menerusi program ganjaran terbabit, pembeli bertuah berpeluang merebut pelbagai hadiah menarik menerusi dua kategori berbeza.

Kategori pertama menawarkan ganjaran hebat untuk pembeli yang membeli hartanah bernilai lebih RM600,000 dengan tawaran diskaun 60 peratus untuk pemenang utama manakala baki enam pemenang akan

 Ganjaran hebat SP Setia kepada pembeli bertuah kediaman sempena merdeka

60th Jubilee Mega Merdeka Giveaway

menerima rebat RM60,000 setiap seorang untuk pembelian hartanah.

Contohnya ialah pembeli yang membeli hartanah bernilai RM1,100,000. Diskaun 60 peratus dari harga berkenaan ialah RM660,000. Bagaimanap­un, jumlah diskaun akan digenapkan kepada RM600,000 saja.

Kategori kedua pula khusus untuk 60 pembeli hartanah pada harga kurang daripada RM600,000 dengan tawaran rebat sebanyak RM6,000 bagi pembelian hartanah.

Dibuka untuk rakyat tempatan dan warga asing, program berkenaan hanya sah disertai oleh pembeli yang membuat pembelian hartanah di pasaran Malaysia secara terus daripada SP Setia serta menandatan­gi Perjanjian Jual Beli (SPA) antara 1 Januari dan 31 Disember ini.

Cabutan akan diadakan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Citizen Setia pada suku pertama tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia