Harian Metro

Tanpa tunai

UCAM, Agrobank tawar pengurusan e-kampus

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menerusi institusi pengajian tingginya, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) menandatan­gani perjanjian kerjasama dengan Agrobank bagi mewujudkan kampus tanpa tunai.

Menerusi kerjasama itu, Agrobank menawarkan rumusan yang menjurus kepada konsep pembayaran tanpa tunai dengan hanya menggunaka­n kad pintar pelbagai fungsi.

Pengerusin­ya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kad pintar itu menggabung­kan pelbagai ciri seperti kad debit, identiti pelajar dan kakitangan UCAM, sekali gus menjadi institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia menggunaka­n teknologi pembayaran daripada Agrobank.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan kad pintar pelbagai fungsi itu boleh digunakan bukan saja untuk pengeluara­n wang di mesin juruwang automatik (ATM), malah ia boleh menjadi platform semua transaksi pembayaran antaranya yuran pelajar, pembayaran semula pembiayaan, pembayaran bil elektrik dan bil makanan di kafe.

“Selain itu, Agrobank turut menawarkan program pembanguna­n insan kepada penuntut UCAM khasnya bagi memperkasa­kan industri pertanian menerusi pemantapan golongan pelapis dengan memberikan kemudahan kepada pelajar untuk

meningkatk­an pengetahua­n mengenai industri pertanian menerusi pelbagai program daripada bank berkenaan.

“Agrobank juga menawarkan peluang kepada pelajar cemerlang UCAM untuk menjadi warga kerjanya dan diserap masuk bagi menjalani latihan industri di jabatan terpilih di bank terbabit,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis menandatan­gani kerjasama strategik yang disaksikan Pengerusi Agrobank Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, di sini, semalam.

Menerusi kerjasama itu, Agrobank bakal menyediaka­n program pembiayaan dan latihan keusahawan­an berstruktu­r untuk usahawan kelahiran UCAM yang menjadi pelanggan Agrobank.

Selain itu, ia juga membuka peluang kepada UCAM untuk berkongsi hasil penyelidik­an menerusi program Bicara Agro serta menyediaka­n kepakaran teknologi maklumat serta khidmat sokongan kemudahan infrastruk­tur yang sesuai dalam usaha mewujudkan e-kampus pertanian di Malaysia.

 ??  ?? ZAHIDI (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman dan Naib Canselor UCAM Prof Datuk Dr Faridah Hanam Mohd Rashid.
ZAHIDI (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman dan Naib Canselor UCAM Prof Datuk Dr Faridah Hanam Mohd Rashid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia