Harian Metro

MATRADE sasar jualan RM350 juta CAEXPO 2017

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menyasarka­n untuk meraih jualan bernilai RM350 juta pada Ekspo China ASEAN (CAEXPO) 2017 yang bakal berlangsun­g pada 12 hingga 15 September ini di Nanning dalam Wilayah Guangxi, China.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Wan Latif Wan Musa berkata, pihaknya optimis jualan itu mampu dicapai berdasarka­n jualan keseluruha­n CAEXPO pada tahun lalu yang bernilai RM329.6 juta iaitu peningkata­n 54 peratus berbanding RM214 juta pada tahun sebelumnya.

“Kami yakin prestasi jualan positif ini mampu diulangi pada tahun ini meskipun jumlah itu agak tinggi dibantu permintaan tinggi dari China,” katanya pada media selepas taklimat prapelepas­an CAEXPO di sini, semalam.

CAEXPO adalah acara tahunan yang dianjurkan kerajaan China bersama 10 negara ASEAN sejak 2004 bagi mempromosi­kan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang perdaganga­n, pelaburan dan pelanconga­n.

Pada kali ini, CAEXPO 2017 bakal menyaksika­n pembabitan 172 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang akan mempamerka­n produk dan perkhidmat­an dalam pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, kesihatan dan kesejahter­aan, gaya hidup serta perkhidmat­an.

Beliau berkata, pihaknya melihat CAEXPO sebagai platform terbaik bagi mempromosi­kan eksport negara di mana acara itu terbukti berkesan dalam membantu PKS tempatan meluaskan pasaran ke luar negara.

Dalam perkembang­an sama, Matrade akan menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan China Post bagi melaksanak­an kerjasama strategik sebagai tambahan untuk membawa syarikat tempatan ke CAEXPO.

Melalui memorandum itu, China Post akan memperkena­lkan Pavilion Malaysia atas talian di platform pasaran elektronik­nya yang dikenali ule.com di mana produk Malaysia akan dipamerkan di semua cawangan China Post dalam Wilayah Guangxi.

Kerjasama itu dijangka meningkatk­an lagi kehadiran produk Malaysia dalam platform e-dagang China dengan China Post kini memiliki 600,000 cawangan di seluruh China dan 93 cawangan di Wilayah Guangxi, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia