Harian Metro

ELEKTRIK JADI MAKANAN

- Agensi

Lelaki dakwa mampu serap tenaga daripada arus bervoltan tinggi

Naresh Kumar bukan sahaja kebal terhadap arus bervoltan tinggi tetapi mendakwa mampu menyerap tenaga daripada elektrik menyebabka­n dia tidak memerlukan makanan untuk hidup.

Lelaki berusia 42 tahun itu mendakwa dia menemui kuasa ajaibnya secara tidak sengaja apabila terpegang wayar hidup ketika bekerja tetapi tiada apa yang berlaku.

Dia yang terkejut dengan kejadian itu memegang beberapa wayar hidup lagi dan mendapati arus elektrik bervoltan tinggi tidak memberi sebarang kesan terhadap dirinya.

Lebih menakjubka­n lagi, dia berasa bertenaga selepas memegang wayar hidup dan mendapati elektrik boleh dijadikan makanan alternatif baginya.

“Apabila saya berasa lapar dan tiada makanan di rumah, saya akan memegang wayar hidup dan dalam tempoh setengah jam saya berasa kenyang.

“Saya makan elektrik seperti memakan makanan,” katanya kepada Cover Asia Press.

Katanya, dia boleh memegang wayar hidup dalam semua peralatan elektrik seperti televisyen, mesin basuh dan peti sejuk tanpa menjejaska­n dirinya.

“Saya rasa 80 peratus badan saya kini mengandung­i elektrik,” jelasnya.

Kumar sangat taksub dengan kebolehann­ya itu menyebabka­n rumahnya penuh dengan wayar hidup bagi membolehka­n dia menyentuh sumber tenaga yang disukainya pada bila-bila masa.

“Rumah kami tiada suis dan kadangkala saya dan anak-anak bimbang kami terkena renjatan elektrik,” kata isterinya, Sharmistha.

Walaupun isterinya tidak gembira dengan keistimewa­annya itu, Kumar yakin orang ramai akan memujinya.

Video Kumar memegang wayar hidup termasuk memasukkan­nya ke dalam mulut kini tular di media sosial sehingga dia mendapat gelaran ‘lelaki mentol India’.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n Kumar menggigit satu wayar hidup yang disambungk­an ke mentol lampu. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n Kumar menggigit satu wayar hidup yang disambungk­an ke mentol lampu. - Agensi
 ??  ?? UJIAN menunjukka­n terdapat arus elektrik yang mengalir dalam badan Kumar.
- Agensi
UJIAN menunjukka­n terdapat arus elektrik yang mengalir dalam badan Kumar. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia