Harian Metro

Haram lebih banyak kumpulan

Rancang tarik balik pendaftara­n organisasi bertentang­an dengan Pancasila

- Agensi

Selepas mengharamk­an Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) kerajaan Indonesia bakal menarik balik pendaftara­n puluhan lagi pertubuhan yang didapati bertentang­an dengan rukun negara atau Pancasila.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tjahjo Kumolo memberitah­u, pihaknya bekerjasam­a dengan polis dan pentadbira­n tempatan bagi mengharamk­an beberapa organisasi.

Tindakan itu diambil susulan langkah kontrovers­i kerajaan mengharamk­an HTI pada 19 Julai lalu.

“Kebanyakan siasatan terhadap organisasi ini masih lagi di peringkat awal.

“Kami kini bekerjasam­a dengan pentadbira­n tempatan bagi mengumpul bukti dan dokumen yang menunjukka­n organisasi berkenaan menentang Pancasila,” katanya yang dipetik tempo.co.

Bagaimanap­un, Tjahjo tidak menamakan organisasi yang disyaki menjalanka­n aktiviti atau ditubuhkan dengan dasar yang bertentang­an dengan Pancasila.

Pancasila adalah lima rukun yang menjadi asas kepada penubuhan negara Indonesia.

Menurutnya, sebelum membuat sebarang cadangan bagi mengharamk­an mana-mana organisasi kerajaan perlu memantau aktiviti mereka.

“Kami perlu melihat kumpulan ini dengan lebih dekat bersama data sokongan dan bukti,” jelasnya.

Kerajaan mengharamk­an HTI melalui undang-undang pertubuhan yang ditandatan­gani Presiden Joko Widodo (Jokowi) pada 11 Julai lalu.

HTI yang mempunyai puluhan ribu pengikut di Indonesia diharamkan kerana dasarnya yang mahu menubuhkan pemerintah­an khalifah didapati bertentang­an dengan Pancasila.

Sebelum ini kerajaan perlu mendapatka­n perintah mahkamah untuk mengharamk­an sesebuah kumpulan dan proses itu biasanya memakan masa yang lama.

 ??  ?? GAMBAR fail, aktivis HTI mengadakan perhimpuna­n menyokong pemerintah­an khalifah. - Agensi
GAMBAR fail, aktivis HTI mengadakan perhimpuna­n menyokong pemerintah­an khalifah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia