Harian Metro

Angelina Jolie, Pitt tidak jadi cerai

-

Los Angeles: Prosiding perceraian pasangan selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan dihentikan.

Dalam laporan terbarunya, Us Weekly memetik beberapa sumber sebagai berkata, pasangan berkenaan yang mengumumka­n perceraian mereka pada September 2016 tidak bertindak untuk meneruskan prosiding berkenaan bagi menamatkan perkahwina­n mereka.

Satu sumber yang rapat dengan pasangan itu memberitah­u majalah berkenaan: “Perceraian itu sudah dibatalkan. Mereka tidak bertindak untuk meneruskan­nya dan tiada siapa yang fikir mereka akan bercerai akhirnya.”

Alasan yang diberikan untuk menghentik­an prosiding guaman itu ialah perisytiha­ran Pitt bahawa dia sudah mengakhiri ketagihann­ya Bihar: Kerana bimbang akan cedera akibat terkena serpihan siling yang jatuh, pekerja di sebuah bangunan kerajaan yang sudah usang di sini terpaksa memakai topi keledar sepanjang waktu berada di pejabat.

Video menunjukka­n empat pekerja melakukan tugas mereka sambil memakai topi keledar itu tular di media sosial India baru-baru ini, sekali lagi mengundang perbincang­an mengenai keadaan bekerja yang teruk di negara itu.

Rakaman itu yang turut disiarkan rangkaian berita mendorong siasatan dilakukan terhadap bangunan kerajaan di daerah Areraj.

Hasil siasatan mendapati bangunan itu sudah disahkan tidak selamat untuk digunakan dua tahun lalu tetapi tidak ada tindakan diambil untuk memindahka­n pekerja ke lokasi lebih selamat. terhadap arak ketika diwawancar­a majalah GQ Mei lalu.

Sumber itu seterusnya berkata, Pitt perlu menghentik­an ketagihann­ya dan menambat semula hati Angelina dan langkah untuk tidak lagi minum arak adalah sesuatu yang dimahukan aktres itu.

Pasangan itu mempunyai enam anak - Maddox, 15, Pax, 13, Shiloh, 11, Zahara, 12, dan kembar Vivienne dan Knox, sembilan.

Selepas memfailkan tuntutan cerai, Angelina membawa kanak-kanak itu dan menetap di sebuah rumah sewa sebelum membeli rumah agam berharga AS$25 (RM107 juta) di Los Feliz, California.

Dia dan Pitt hidup bersama selama 12 tahun sebelum mengumumka­n perceraian mereka September tahun lalu. - Agensi

“Bangunan ini sudah lama. Dinding dan bumbungnya dalam keadaan amat teruk. Air akan meresap setiap kali hujan. Ia boleh runtuh bila-bila masa.

Memandangk­an kami perlu bekerja, kami memutuskan untuk memakai topi keledar,” kata Pervez Ahmad, antara pekerja di situ.

Selepas video itu tular, pegawai kerajaan tempatan mengumumka­n pejabat itu akan dipindahka­n secepat mungkin.

Bagaimanap­un, empat pekerja yang dirakam dalam video itu diberikan notis tunjuk sebab kerana mendedahka­n masalah itu kepada media, tidak kepada pegawai atasan. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR yang viral di media sosial India menunjukka­n empat pekerja memakai topi keledar ketika menjalanka­n tugas di pejabat mereka di negeri Bihar. - Agensi
GAMBAR yang viral di media sosial India menunjukka­n empat pekerja memakai topi keledar ketika menjalanka­n tugas di pejabat mereka di negeri Bihar. - Agensi
 ??  ?? SAAT bahagia, Pitt dan Angelina. - Agensi
SAAT bahagia, Pitt dan Angelina. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia