Harian Metro

DAY FOKUS PULIH PRESTASI J

- AFP

(gambar)

ason Day berharap selepas setahun bergeluman­g dengan isu keletihan, kecederaan, masalah keluarga dan bergelut mencari fokus dalam permainan, Kejuaraan PGA diharap dapat membantuny­a mengembali­kan prestasi yang menjadikan­nya juara kejohanan utama.

Bekas pemain nombor satu dari Australia, yang jatuh ke ranking ketujuh sejak enam bulan lalu, menyertai pusingan pertama kejohanan itu di Quail Hollow dengan keyakinan baru selepas setahun mengalami kekecewaan.

“Saya semakin meningkat setiap hari dan hakikatnya saya semakin dahagakan kejayaan,” kata Day.

“Saya sungguh bermotivas­i sekarang, seolah-olah saya mahukan kemenangan lagi. Jadi saya amat teruja dengannya.”

Day berehat selama tiga bulan sebelum awal tahun untuk berehat daripada kecederaan belakang tetapi sukar mengembali­kan prestasiny­a dan kehilangan ranking nombor satu kepada pemain Amerika Syarikat Dustin Johnson pada Februari.

Kemudianny­a ibunya, Dening, menjalani pembedahan kanser yang menyebabka­nnya terpaksa menarik diri

 Bintang golf itu jatuh ke ranking ketujuh sejak enam bulan lalu

daripada Kejohanan Match Play Golf Dunia.

“Amat sukar bagi saya berada di lapangan golf dan pada masa sama memikirkan bagaimana untuk bermain,” kata Day.

Dia kembali dengan berkongsi tangga ke-22 di Kejohanan Masters dan mencapai keputusan terbaik tahun itu dengan kekalahan aksi playoff di Kejohanan Byron Nelson.

Bagaimanap­un dia tersingkir selepas pusingan kedua di Terbuka AS dan gagal menempatka­n dirinya dalam kelompok 20 teratas di Terbuka British atau acara WGC Akron hujung minggu lalu.

“Prestasi permainan saya agak mendatar dan berharap saya mampu mengubahny­a minggu ini, terutama dengan pengalaman lalu di mana saya pernah bertanding dalam Kejuaraan PGA.”

Day menjuarai satu-satunya gelaran utama sewaktu PGA 2015 di Whistling Straits menduduki tempat kedua di belakang pemain Amerika Syarikat Jimmy Walker di Baltusrol tahun lalu.

“Saya tidak sabar melakukann­ya minggu ini kerana saya mahu mengubah prestasi permainan yang agak mendatar,” kata Day.

“Ini tahun yang buruk bagi saya dan saya harap mampu mengubahny­a dan mempamerka­n aksi terbaik di sini.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia