Harian Metro

Barca perlu henti bidaan

>> Jika Barcelona gagal membawa Coutinho ke Sepanyol, mereka mungkin beralih kepada bintang Perancis, Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund  Liverpool tetap enggan lepas Coutinho dalam masa terdekat

-

Liverpool menolak bidaan kedua bernilai £90.3 juta (RM503.7 juta) yang dibuat Barcelona ke atas pemain tonggak Brazil, Philippe Coutinho, kata media British.

Barcelona dilihat terdesak untuk membawa masuk pemain berusia 25 tahun itu bagi menggantik­an rakan senegarany­a, Neymar yang berpindah ke Paris Saint Germain minggu lalu.

BBC melaporkan, Liverpool sekali lagi mengingatk­an Barcelona bahawa Coutinho yang dibeli dari Inter Milan pada 2013, tidak akan dijual dalam masa terdekat ini.

Akhbar Liverpool Echo menambah: “Liverpool memberitah­u Barca bahawa mereka akan hanya membuang masa jika kembali dengan bidaan ketiga selain yang Coutinho tidak akan dapat dijadikan pengganti kepada Neymar di Camp Nou.”

Barcelona percaya bahawa pemain antarabang­sa Brazil itu mempunyai kemampuan untuk memikul tanggungja­wab sebagai pengganti Neymar sekali gus berganding dengan

Lionel Messi dan Luis Suarez di barisan depan. Kelab gergasi Sepanyol itu juga yakin pemain itu boleh bertindak sebagai pembantu kepada kapten Andres Iniesta, 33, di bahagian tengah.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitah­u Barcelona supaya tidak membuat bidaan minggu lalu dan mengingatk­an bahawa pemain itu bukan untuk dijual. Begitupun, Coutinho diketepika­n Liverpool ketika menentang Athletic Bilbao di Dublin minggu lalu dan masalah belakang yang dialaminya menjadi halangan untuk disenaraik­an pada perlawanan menentang Watford, esok.

Jika Barcelona gagal membawa Coutinho ke Sepanyol, mereka mungkin mengalih tumpuan kepada bintang Perancis, Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund.

Dembele, 20, terbabit dengan perbalahan dengan penjaga gol Dortmund, Roman Burki ketika berlatih minggu lalu dan sudah menyatakan keinginan untuk berpindah ke Barca.

Barcelona tidak perlu membuat bidaan minggu lalu dan perlu diingat bahawa pemain itu bukan untuk dijual”

Jurgen Klopp

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia