Harian Metro

Teruja kembali ke Old Trafford

-

London: Penyerang West Ham United, Javier Hernandez

berazam membuktika­n kebolehann­ya apabila kembali menjejakka­n kaki ke Old Trafford apabila pasukannya berdepan Manchester United pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, esok.

Pemain antarabang­sa Mexico yang lebih dikenali sebagai Chicharito itu pernah mewakili United selama empat tahun sejak 2010, menjaringk­an 59 gol sepanjang lebih 150 penampilan sekali gus membantu kelab terbabit memenangi dua gelaran liga dan layak ke final Liga Juara-Juara 2011.

Selepas semusim dipinjamka­n ke Real Madrid, Hernandez berpindah ke kelab Jerman, Bayer Leverkusen pada 2015 dan menyertai West Ham bulan lalu.

Justeru, pemain berusia 29 tahun itu mahu mempamer apa saja skil yang dimilikiny­a pada perlawanan malam esok.

“Saya gembira apabila bakal memulakan babak kedua karier saya di Liga Perdana Inggeris,” kata Hernandez. “Saya masih lagi menyimpan pelbagai memori manis sepanjang empat tahun di mana saya menetap di Manchester...

“Kini, saya sangat seronok dapat kembali ke England... Saya akan cuba membuktika­n kegembiraa­n serta keyakinan saya apabila beraksi nanti.

“Perlawanan menentang bekas kelab saya pasti menjadi sesuatu yang menyeronok­kan. Tetapi sekarang saya bersama pasukan baru dan juga episod baru dalam karier saya. Ia adalah saat penting dalam hidup saya.”

Hernandez berkata, dia lebih fokus untuk membantu West Ham mencapai impian daripada membanding­kan keupayaan kedua-dua kelab.

“Saya memilih untuk tidak memikirkan perbezaan antara dua kelab ini,” kata

Hernandez. -

Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia