Harian Metro

Tidak peduli keputusan undian

- Fabian Peter fabian.mark@nst.com.my

 Chong Wei fokus julang Kejohanan Dunia di Glasgow

Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak mahu terlalu memikirkan keputusan undian Kejohanan Dunia yang dikeluarka­n Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) kelmarin.

Sebaliknya, pemain perseorang­an lelaki berusia 35 tahun itu yang percaya dia perlu mengatasi apa saja halangan jika mahu menjulang gelaran dunia buat kali pertama dalam kariernya.

“Untuk muncul juara dunia, saya perlu mengalahka­n sesiapa saja yang menjadi lawan saya. Saya pernah gagal sebelum ini dan justeru, tidak salah andainya saya mencuba lagi kali ini. Paling penting, saya perlu bersedia.

“Berdasarka­n keputusan undian, ini mungkin Kejohanan Dunia paling sukar buat saya kerana China membariska­n empat pemain perseorang­an lelaki.

“Kini keputusan undian sudah keluar. Saya perlu mengambil langkah demi langkah. Saya akan berbincang dengan jurulatih untuk mencari apa yang terbaik buat saya,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas perhimpuna­n bulanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, semalam.

Pada majlis undian yang dijalankan di pejabat BWF di Menara Naza, Chong Wei yang pernah melangkah ke final edisi 2011, 2013 dan 2015, dijangka bertemu juara Olimpik dan dunia, Chen Long serta bintang Denmark, Viktor Axelsen.

Jika dia mampu melepasi tiga pusingan pertama, Chong Wei mungkin bertemu Chen Long di suku akhir dan Axelsen di separuh akhir. Jika dia melepasi kedua-dua halangan itu, seteru yang bakal menantinya di final ialah Lin Dan.

Chong Wei akan memulakan kempen pada Kejohanan Dunia dengan menentang Brice Leverdez dari Perancis di pusingan pertama.

Pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali itu berkata, walaupun agak terdesak untuk memenangi gelaran dunia, dia perlu terus bertenang.

 ??  ?? CHONG Wei ketika sesi latihan persiapan ke Kejohanan Dunia Glasgow, Scotland di Akademi Badminton Malaysia.
CHONG Wei ketika sesi latihan persiapan ke Kejohanan Dunia Glasgow, Scotland di Akademi Badminton Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia