Harian Metro

Shinozuka mahu ulangi kejutan

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Atlet triatlon itu mahu tukar warna kilauan pingat

Selepas mencipta kejutan di Singapura dua tahun lalu, atlet triatlon Rikigoro Shinozuka mula menyimpan impian tinggi untuk mengulangi­nya pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Berbanding penampilan pertamanya di temasya dwitahunan itu dengan meraih perak, Shinozuka kali ini lebih berpengala­man untuk mengharung­i cabaran sukan lasak itu.

Malah keyakinan atlet berusia 22 tahun itu semakin memuncak selepas tiga bulan menjalani latihan di Kanada serta sudah membiasaka­n diri dengan laluan pertanding­an Sukan SEA nanti.

“Kami berpeluang berlumba di laluan itu ketika kejohanan kebangsaan Mac lalu. Laluan itu sesuai dengan pasukan kami dan amat pelbagai. Bagaimanap­un cabarannya adalah keadaan cuaca,” kata atlet kacukan Malaysia-Jepun itu.

Acara triatlon akan berlangsun­g di Kompleks Sukan Air Putrajaya pada 21 Ogos dengan membabitka­n disiplin berenang, berbasikal dan berlari.

“Saya percaya akan ada jangkaan untuk saya mengekalka­n atau perbaiki prestasi. Bagaimanap­un dengan bertanding di tanah air sendiri, saya lebih melihatnya dari sudut positif,” kata Shinozuka.

Malaysia pernah memenangi emas menerusi Kimbeley Yap dalam kategori wanita pada dua edisi pertama - Filipina (2005) dan Korat (Thailand) pada 2007.

Pada 2005, Malaysia turut memenangi perak menerusi Loh Yeong Shang dalam kategori lelaki.

 ??  ?? SHINOZUKA (kiri) dan Irene Chong See Win bawa cabaran negara.
SHINOZUKA (kiri) dan Irene Chong See Win bawa cabaran negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia