Harian Metro

Daniel dapat insentif khas selepas muncul Juara Remaja Dunia Muay Thai

-

Tawau: Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) akan memberikan insentif khas kepada Daniel Fiedieans Maideh selepas dinobatkan Juara Remaja Dunia Muay Thai 2017 di Bangkok, Thailand, Selasa lalu.

Menterinya Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata insentif wang tunai itu akan diberikan kepada atlet sukan berusia 12 tahun berkenaan namun jumlahnya belum ditentukan.

“Bagi pihak KBSS, saya mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah kepada adik Daniel atau Olan yang menang pingat emas Kejohanan 2017 Internatio­nal Federation of Muaythai Amateur (IFMA) Youth World Championsh­ip yang diadakan di Bangkok, Thailand,” katanya.

Menurut Tawfiq selain insentif khas itu sebanyak RM1,000 turut diberikan kepada setiap atlet Sabah terpilih untuk mewakili negara di kejohanan antarabang­sa diiktiraf.

Sementara itu, katanya setiap tahun kerajaan negeri melalui KBSS menyediaka­n peruntukan bagi pembanguna­n sukan di negeri ini. “Untuk tahun ini, KBSS turut memberi bantuan kewangan bernilai RM37,000 kepada Persatuan Muay Thai Sabah sebagai tanda menyokong usaha mereka membangunk­an atlet muda dalam seni mempertaha­nkan diri itu sekali gus dapat melahirkan juara dunia seperti Daniel,” katanya.

Semalam dilaporkan, Daniel atau Olan yang berasal dari Kampung Tanjong Batu Tengah dan bersekolah di tahun enam Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat di sini, dinobatkan juara Remaja Dunia Muay Thai 2017 selepas mengetepik­an lawannya dari Uzbekistan dalam pertarunga­n tiga pusingan 10-9, 10-9, 10-9 perlawanan akhir bagi kategori lelaki 12-13 tahun itu pada Selasa di Bangkok, Thailand.- BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia