Harian Metro

Misi pertahan emas hoki wanita cerah

-

Kuala Lumpur: Skuad hoki wanita negara dilihat sudah bersedia untuk misi mempertaha­nkan pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) apabila meraih kemenangan meyakinkan 5-2 ke atas pasukan Wizards Australia pada perlawanan persahabat­an semalam.

Pengurus pasukan Lailin Abu Hasan berkata, kemenangan itu menunjukka­n skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah kini berada di kemuncak prestasi sama seperti ketika saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium bulan lalu.

“Ini minggu terakhir persiapan untuk skuad negara. Saya lihat pemain nampak semakin agresif.

“Mereka sudah melalui banyak perlawanan persahabat­an sebelum ini dan daripada situ sudah nampak persefaham­an kembali antara setiap pemain,” katanya.

Namun di sebalik komen positif, bekas pemain kebangsaan itu tetap menuntut barisan pemain negara memperbaik­i segera beberapa kelemahan.

“Saya lihat barisan pertahanan sudah beraksi dengan baik, cuma kelemahan nampak di bahagian serangan.

“Saya tidak mahu mereka mensia-siakan peluang untuk menjaringk­an gol apabila bermulanya saingan sebenar nanti,” katanya.

Pada perlawanan semalam di Stadium Hoki Bukit Jalil, skuad negara di depan dengan tiga gol menerusi jaringan padang Norbaini Hashim (m-15), pukulan sudut penalti Siti Noor Amarina Ruhani (m-18) dan gol padang Nor Azlin Sumantri (m-29).

 ?? FOTO: ?? PEMAIN Wizards Women diasak pemain hoki wanita negara ketika perlawanan persahabat­an semalam.
FOTO: PEMAIN Wizards Women diasak pemain hoki wanita negara ketika perlawanan persahabat­an semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia