Harian Metro

‘Imbuhan bakar semangat kami’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Adib hargai sokongan padu Sultan Johor, FAM

Kapten skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Adib Zainuddin menegaskan segala pujian dan imbuhan diterima tidak menjadikan pemain besar kepala sebaliknya semangat mereka semakin membara untuk meneruskan misi memenangi emas bola sepak bermula Isnin ini.

Pemain pertahanan tengah itu berkata, semua pemain kini fokus dalam mempersiap­kan diri untuk menggalas harapan jutaan rakyat Malaysia bagi merampas kembali emas yang kali terakhir dimenangi pada temasya Sukan SEA Jakarta enam tahun lalu.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada Sultan Johor (Sultan Ibrahim Iskandar) dan pihak pengurusan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) kerana memberi imbuhan kepada kami atas kejayaan di Bangkok sebelum ini.

(gambar)

“Selain imbuhan, pelbagai pujian dan sokongan yang kami terima, tapi apa yang penting adalah meneruskan kemenangan. Kami inginkan pasukan yang sangat kuat, kami tahu apabila berjaya, akan ada perkara positif, imbuhan atau apa saja yang akan menyusul selepas itu.

“Pada saya semua pemain pandai jaga diri, saya tak risau perkara ini. Kami tahu akan menghadapi tugas sukar, ketika ini kami bersaing secara sihat dan semua mahu mendapat tempat dalam skuad Sukan SEA nanti,” katanya.

Skuad B-22 sudah menikmati erti kejayaan selepas mara ke pusingan akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China tahun depan menerusi saingan kelayakan di Bangkok bulan lalu.

Atas kejayaan melakar sejarah buat kali pertama itu, setiap anak buah Datuk Ong Kim Swee menerima imbuhan RM25,000 daripada FAM dan RM6,000, Sultan Ibrahim.

Dengan hanya berbaki empat hari sebelum perlawanan pertama Kumpulan A menentang Brunei di Stadium Shah Alam, Adib percaya kesungguha­n pemain menyukarka­n Kim Swee untuk memilih senarai akhir 20 pemain yang akan diumumkan esok.

“Kami ada beberapa hari lagi untuk berlatih. Kami ingin tunjukkan kami pasukan mantap dan melihat kepada saingan ketika ini, tiada pemain yang sudah terjamin kedudukan dalam pasukan,” kata pemain FELCRA FC itu. Kuala Lumpur: Skuad futsal wanita negara terpaksa mengharung­i saingan tanpa khidmat ketua pasukan, Farahiyah Ridzuan yang digugurkan pada saat akhir susulan kecederaan lutut kiri.

Perkhabara­n menyedihka­n itu nyata sukar diterima skuad futsal negara yang dijangka kehilangan separuh kekuatan pada saingan itu nanti.

Pengendali pasukan, Muizzudin Haris mengakui cukup terasa kehilangan pemain senior itu yang sudah beraksi buat skuad negara sejak Sukan SEA 2007 Korat, Thailand.

“Memang ketiadaan Farahiyah sedikit mengganggu perancanga­n dan persiapan kita menjelang Sukan SEA yang hanya tinggal beberapa hari.

“Dia seorang pemain yang cukup berpengaru­h dan mampu mengawal tempoh perlawanan baik. Malah, pengalaman dia yang sudah beraksi bersama pasukan kebangsaan boleh membantu kita apabila bertemu pasukan kuat seperti Thailand,” katanya kepada Arena Metro.

Mengulas lanjut mengenai peluang pasukannya pada temasya berprestij itu, Muizzudin optimis pemainnya mampu menepati sasaran untuk menghadiah­kan kilauan pingat gangsa buat negara.

“Sasaran yang diletakkan gangsa bagi menyamai pencapaian Sukan SEA 2013 di Nay Pyi Taw, tapi tidak mustahil jika pemain saya mampu mendapatka­n keputusan yang lebih baik daripada sasaran asal,” katanya.

Skuad negara akan menentang Indonesia, Myanmar, Vietnam dan juara bertahan, Thailand dengan menggunaka­n format round robin seperti mana edisi 2013 lalu.

 ?? Adib Zainuddin ?? Selain imbuhan, pelbagai pujian dan sokongan yang kami terima, tapi apa yang penting adalah meneruskan kemenangan. Kami inginkan pasukan yang sangat kuat, kami tahu apabila berjaya, akan ada perkara positif, imbuhan atau apa saja yang akan menyusul...
Adib Zainuddin Selain imbuhan, pelbagai pujian dan sokongan yang kami terima, tapi apa yang penting adalah meneruskan kemenangan. Kami inginkan pasukan yang sangat kuat, kami tahu apabila berjaya, akan ada perkara positif, imbuhan atau apa saja yang akan menyusul...
 ??  ?? FARAHIYAH diketepika­n akibat kecederaan lutut.
FARAHIYAH diketepika­n akibat kecederaan lutut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia