Harian Metro

Wajib benam Filipina, Myanmar

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua aksi awal disifatkan sebagai misi wajib menang buat skuad bola sepak wanita negara yang disasarkan meraih gangsa kali ini.

Pengendali pasukan, Mohd Asyraaf Fong Abdullah berkata, perlawanan sulung berdepan Filipina pada Selasa ini dan Myanmar dua hari kemudian harus berakhir dengan kemenangan.

“Kami sedar kekuatan dimiliki Thailand dan Vietnam. Mereka berada pada kelas tersendiri dan mungkin kami bakal berdepan sedikit masalah apabila bertemu mereka.

“Tapi peluang kita agak baik menentang Filipina dan Myanmar, kerana itu saya mahu pasukan cuba mendapatka­n kemenangan ke atas dua pasukan itu.

“Jika kita berjaya,

kita akan tampil lebih yakin untuk dua aksi berikutnya sambil berharap pasukan mampu mencuri satu mata sekali gus mencerahka­n peluang kita untuk meraih pingat.

“Namun kalau kita gagal raih tiga mata pada aksi pertama dan kedua, mungkin peluang selepas itu akan menjadi agak sukar,” katanya pada sidang media sejurus tamatnya aksi persahabat­an antarabang­sa menentang Singapura, kelmarin.

Pada aksi berlangsun­g di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam itu, anak didik Asyraaf mencatat kemenangan 1-0 ke atas Singapura menerusi jaringan Usliza Usman pada minit ke-49.

Jelasnya, kemenangan pada aksi pemanas badan terakhir itu cukup baik sebagai suntikan semangat untuk pemainnya beraksi lebih cemerlang sepanjang Sukan SEA nanti.

“Walaupun sekadar menang tipis, kemenangan ini sangat penting kerana memberi kita semangat sebelum perlawanan pertama minggu depan.

“Pemain semakin menunjukka­n peningkata­n dengan corak permainan berpasukan yang lebih baik terutama dari segi kombinasi dan persefaham­an,” katanya.

 ??  ?? ASYRAAF
ASYRAAF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia