Harian Metro

Velodrom Nasional bebas denggi

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Pelbagai langkah pencegahan diambil bagi memastikan keselamata­n atlet, penonton

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainudin Mohd Ali menolak sebarang kebimbanga­n berhubung ancaman denggi di sekitar Velodrom Nasional Malaysia yang terletak di Nilai.

Tegasnya, kawasan velodrom berkenaan adalah terkawal dan bebas daripada sebarang penyakit denggi.

“Walaupun keputusan kajian ovitrap yang dijalankan di luar velodrom adalah tinggi, ia sesuatu yang sudah dijangkaka­n dari awal.

“Ini kerana tapak berkenaan adalah yang dibersihka­n dari kawasan hutan dan semak-samun yang menjadi habitat asal nyamuk aedes albopictus.

“Langkah cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk, pewasapan, larvacidin­g dan abating dilaksanak­an sejak awal bulan ini dan diulangi esok (hari ini) mengikut jadual ditetapkan selain tiga hari sebelum acara berbasikal di velodrom berlangsun­g,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kebimbanga­n disuarakan pengurus skuad berbasikal negara Omar Saad berhubung kadar pembiakan nyamuk di sekitar velodrom itu.

Menurut Zainudin, sehingga kini belum ada sebarang laporan penyakit denggi dilaporkan di kawasan sekitar velodrom dengan kes terdekat adalah 500 meter dari venue pertanding­an Mei lalu.

“Kami sudah dan akan menjalanka­n semua prosedur ditetapkan dalam memastikan tiada sebarang masalah dan perkara tidak dinampilan berlaku semasa temasya berlangsun­g.

“Jadi saya berharap tiada lagi kebimbanga­n kepada semua pihak dengan semuanya adalah terkawal sepenuhnya. “Namun sebagai langkah tambahan, penonton digalakkan mengenakan pakaian lengan panjang terutama pada waktu senja (jam 5-7 petang) sekiranya

ada acara berakhir lewat kerana tempoh itu nyamuk akan menjadi sangat aktif,” tambahnya.

Velodrom tertutup pertama negara itu akan menyaksika­n peingini jaguh dunia Azizulhasn­i Awang serta barisan pelumba trek negara yang lain. Kawasan luar velodrom pula akan mempertand­ingkan acara BMX.

 ??  ??
 ??  ?? VELODROM Nasional venue acara trek berbasikal untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
VELODROM Nasional venue acara trek berbasikal untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia