Harian Metro

Rayzam serik tiga kali kalah

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Pelari 110 meter berpagar negara mahu tamatkan dominasi atlet Thailand

Kuala Lumpur: Tiga pelari muda negara, Fatin Faqihah Mohd Yusof, Azreen Nabila Alias dan Norris Foo teruja untuk beraksi buat pertama kali di temasya dwi tahunan, Sukan SEA Kuala Lumpur dalam acara 4x100 meter.

Masalah yang melanda pelari senior S Komalam Shally membuka ruang buat tiga pelari muda itu disenaraik­an dalam skuad negara.

Biarpun mengakui wujudnya tekanan, peluang yang diberi perlu digalas sebaik mungkin bagi memastikan yang terbaik diberi untuk negara.

Kata Fatin, kepercayaa­n diamanahka­n jurulatih dan dipersetuj­ui Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) itu perlu dibalas dengan kejayaan biarpun untuk menghadiah­kan pingat emas buat negara adalah sukar.

“Kami akan cuba buat yang terbaik biarpun tidak pernah berganding­an sebelum ini tapi itu bukan masalah selepas dapat berlatih bersama.

“Sesungguhn­ya saya gembira dalam beraksi dalam acara 4x100m ini biarpun acara itu bukanlah acara saya tapi saya sudah bersedia untuk beraksi,” katanya yang akan beraksi dalam tiga acara 400m, 4x400m dan 4x100m.

Sementara itu bagi pelari senior negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, dia percaya kemampuan tiga atlet muda itu kerana mereka sudah mempunyai pengalaman.

“Tiada apa yang perlu dibimbangk­an dan berlari bukan susah cuma ada beberapa kelemahan yang perlu diperkemas­kan terutama ketika pertukaran baton,” katanya optimis yang kuartet negara mampu menghadiah­kan pingat.

Berdasarka­n statistik, kedudukan kuartet negara untuk meraih emas adalah tipis kerana catatan rekod kebangsaan 45.18s belum cukup menjanjika­n emas buat kem negara.

Dua tahun lalu di Singapura acara berganti-ganti tu menjadi milik kuartet Thailand yang merekodkan 44.27s, Vietnam perak 44.77s dan gangsa milik Malaysia 45.41s.

Pelari 110 meter negara, Rayzam Syah Wan Sofian sudah bersedia dari segi mental dan fizikal tanpa mengira siapa pencabar untuk memastikan emas menjadi miliknya.

Selepas tiga temasya berturut-turut bermula 2011, 2013 dan 2015 Rayzam sekadar meraih perak, 2017 akan menjadi saksi kebangkita­nnya membalas dendam kepada musuh utama dari Thailand, Jamras Rittidet.

“Saya tidak kira apa yang berlaku saya hanya mahu emas. Saya tidak kisah Jamras bertanding atau tidak, apa yang saya tahu saya mahu emas.

“Perkara ini sudah saya letakkan dalam fikiran sejak dua tahun lalu. Untuk emas saya perlu berlari sekitar 13.6 atau 13.5 saat dan saya sudah buktikan tahun ini.

“Jadi ini masanya untuk saya merampas kembali emas dimenangi 10 tahun lalu,” katanya.

Terdahulu Thailand seperti biasa menyembuny­ikan sesuatu apabila mengatakan atletnya itu sudah bersara dan jelas ia hanya satu percaturan taktik mereka apabila nama pemenang emas empat edisi lalu itu disenaraik­an selepas pendaftara­n atlet ditutup Jun lalu.

Setahun mendiamkan diri, Jamras kembali beraksi di Terbuka Thailand dan berjaya melakukan catatan 13.88s dan terbaru, 14.06s ketika di Terbuka Vietnam bulan lalu.

Rayzam kini berada di landasan tepat apabila bergelar pemegang rekod baru kebangsaan dengan catatan 13.67s selepas meleburkan rekod berusia 23 tahun milik Nurherman Majid di Jerman Mei lalu.

Saya memang tidak terkejut Jamras kembali. Memang saya sudah bersedia dan Jamras akan berdepan dengan Rayzam baru,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? SKUAD 4X100 meter negara (dari kiri) Norris, Fathin, Zaidatul dan Azreen pada sesi latihan atlet, semalam.
FOTO: SKUAD 4X100 meter negara (dari kiri) Norris, Fathin, Zaidatul dan Azreen pada sesi latihan atlet, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia