Harian Metro

111 emas jadi buruan

- Devinder Singh devinder@nst.com.my Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Malaysia menetapkan sasaran memenangi 111 pingat emas bagi bergelar juara keseluruha­n Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang bermula minggu depan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sasaran itu sama seperti jumlah emas yang dimenangi kontinjen negara pada 2001 ketika mengunggul­i temasya dwitahunan itu, buat pertama kali. Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee tidak bimbang dengan kemampuan anak buahnya meskipun tidak dapat menilai prestasi dalam sebarang aksi persahabat­an menjelang saingan Sukan SEA.

Beliau berkata, kekangan masa dan masalah untuk mengatur perlawanan dengan pasukan tempatan menjadi faktor pasukannya hanya menjalani latihan biasa sebelum pertemuan pertama Kumpulan A dengan Brunei di Stadium Shah Alam Isnin ini.

“Oleh kerana jurang masa dan pasukan negeri dan kelab memberi rehat kepada

“Kami memilih sasaran 111 emas selepas menilai semua senario,” kata Khairy selepas penyerahan bendera oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Chef-de-Mission Datuk Marina Chin di Putrajaya semalam.

“Kami begitu optimistik dalam sesetengah sukan dan agak konservati­f bagi yang lain. Jadi kami mendapati sasaran ini agak seimbang.

“Ada analisis yang mengatakan jumlah itu mungkin lebih atau kurang tapi kami berasa yang ini kami selesa dengan angka ini untuk menjadi juara keseluruha­n dan secara kebetulan, ia sama seperti 2001.”

Khairy berkata sasaran itu bukan bertujuan meletakkan tekanan ke atas atlet kebangsaan untuk menghasilk­an keputusan tetapi bagi memuaskan hati orang ramai.

“Saya tidak berkata kepada atlet yang anda perlu memenangi emas,” kata Khairy yang akan bertanding di Sukan SEA dalam acara polo.

“Mereka yang boleh menang emas sedar memang mereka boleh. Jumlah pingat berkenaan hanya untuk memuaskan hati orang ramai yang mahukan sasaran, jadi

 Kontinjen negara sasar juara keseluruha­n Sukan SEA 2017

kami berikan mereka sasaran emas itu.

“Bagi kami yang berada dalam kem, kami tidak begitu taksub dengan sasaran itu. Jika mereka memberikan yang terbaik, pingat emas pasti hadir.”

Selain Sukan SEA, Khairy turut mengumumka­n yang Malaysia memerlukan 103 emas untuk bergelar juara Sukan Para ASEAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia