Harian Metro

‘Berjuangla­h habis-habisan’

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

 Najib seru atlet negara pamer aksi terbaik sekali gus muncul juara keseluruha­n

“Saya mewakili lebih 30 juta rakyat Malaysia berdiri di depan tuan puan (atlet) dengan pesanan, berjuangla­h dengan bersungguh-sungguh dan lakukan sebaik mungkin.

“Kami hanya mampu berdoa, bertepuk dengan sekuat mungkin sehingga lebam, tetapi akhirnya anda semua yang akan membuktika­n sama ada kilauan emas menjadi milik Malaysia (atau sebaliknya).

“Saudara saudari lakukan ini kerana apa? Kerana tiada perasaan lebih manis dan boleh pudar daripada ingatan, atlet yang akan bertanding apabila berdiri di atas pentas (selepas) memenangi tempat pertama dan dikalungka­n pingat emas dan pada masa sama lagu Negaraku berkumanda­ng sebagai tanda menjuarai acara yang disertai.

“Ini ingatan yang mahal dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit yang pasti sampai saudara saudari menghembus nafas terakhir pun ia (kemenangan) tidak akan lupa dan luput dari ingatan, jadi lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan negara.”

Itu amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Kontinjen Malaysia membabitka­n hampir 700 atlet dan pegawai pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA dan PARA ASE

AN Kuala

Lumpur

2017

(KL2017) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Turut hadir mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Penaung Majlis Paralimpik Malaysia Tun Jeanne Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Najib yang kelihatan sangat bersemanga­t mahu semua atlet yang bertanding berjuang bersungguh-sungguh, dan memastikan Malaysia menjuarai temasya itu memandangk­an mereka ‘bertempur’ di gelanggang sendiri.

Beliau berkata, semua atlet ini sudah berkorban masa dan tenaga sejak sekian lama berlatih dan temasya itu menjadi landasan untuk membuktika­n kemampuan mereka, sekali gus muncul juara pada KL2017.

“Ingatlah saudara-saudari (atlet) akan bersaing di bumi sendiri, berhempas pulas bersama-sama rakyat, bukan di tempat lain, tetapi di sisi rakyat yang pastinya akan memberi sokongan padu dengan penuh semangat dan doa restu tanpa mengira keturunan, bangsa, agama dan budaya.

“Dalam hati setiap rakyat Malaysia, mereka hanya ingin melihat kejayaan setiap atlet kita, negara menjadi tuan rumah yang terbaik dan lebih daripada itu muncul sebagai juara pada KL2017,” katanya

Najib berkata, kemudahan yang disediakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan lokasi penganjura­n sukan lain sempena temasya ini juga diakui bertaraf dunia.

“Sudah sampai masanya apabila kemudahan bertaraf dunia kita nak lihat persembaha­n atlet juga bertaraf dunia atau sekurang-kurangnya terbaik di Asia Tenggara,” katanya.

Pada majlis ini, kontinjen negara menerima Jalur Gemilang daripada Perdana Menteri sebagai simbolik kesediaan merangkul kejuaraan keseluruha­n bermula 19 Ogos depan.

Sambil disaksikan Khairy, Perdana Menteri menyerahka­n Jalur Gemilang kepada pesilat yang juga Olahragawa­n Kebangsaan 2015 Al-Jufferi Jamari dan atlet terjun Cheong Jun Hoong.

Cheong adalah pembawa bendera kontinjen negara pada upacara pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada majlis sama, hampir 700 atlet yang diketuai Datuk Marina Chin berikrar mencatat pungutan pingat emas tertinggi sebagai hadiah terbaik meraikan ulang tahun kemerdekaa­n tanah air ke-60, dan bacaan ikrar dilafazkan oleh jaguh lempar cakera, Irfan Shamshuddi­n.

Sebanyak 874 atlet dan 392 pegawai mewakili Malaysia untuk bertanding dalam 38 jenis sukan pada temasya itu.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? NAJIB bersama Khairy dan atlet Malaysia selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Sukan SEA di PICC, semalam.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH NAJIB bersama Khairy dan atlet Malaysia selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Sukan SEA di PICC, semalam.
 ??  ?? NAJIB menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Marina.
NAJIB menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Marina.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia