Harian Metro

POLIS WATAK IMPIAN ELIZAD

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selepas mencipta nama menerusi drama bersiri seperti Teman Lelaki Upahan, Si Kolot Suamiku dan Papa Ricky, pelakon popular Siti Elizad kembali dengan drama terbarunya berjudul My Darling Inspektor

Daniel. Dalam drama bersiri 16 episod arahan Aziz M Osman itu, Elizad berganding­an dengan Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Erra Fazira, Shahir, Zarul Umbrella dan Dazrin

Kamarudin. Bagi pemilik nama sebenar, Siti Elizad

Mohd Sharifuddi­n, 33, ini, watak Inspektor Hannah dalam drama terbitan Skop Production­s itu bagaikan peluang

keemasan buatnya. “Watak sebagai anggota polis memang diimpikan sejak berkecimpu­ng dalam bidang lakonan. Watak Inspektor Hannah juga menarik kerana dia tomboi, lasak dan

suka menunggang motosikal. “Sebagai pelakon, saya perlu menjiwai pelbagai watak dan tidak terikat dengan sesuatu watak saja dalam misi menjadi

pelakon serba boleh,” katanya. Drama Mencintai Mr Photograph­er yang ditayangka­n di saluran Astro Ria baru-baru ini berjaya melonjakka­n nama Hannah Delisha.

Hadir dengan pakej lengkap sebagai artis, pelakon Singapura ini membuktika­n dia serius dalam bidang diceburi.

Buktinya, lakonan Hannah bersama Syafiq Kyle dalam drama itu mendapat pujian banyak pihak walaupun itu drama lakonan pertamanya di Malaysia.

Siapa sangka kemunculan Hannah yang melakonkan watak Aira mampu menarik perhatian penonton sehingga dia dapat mengumpul peminat tersendiri.

Hannah berkata, pengikut di laman Instagram naik lebih 400,000 dalam tempoh dua bulan berbanding pada awalnya hanya 26,000.

“Ketika mula penggambar­an, pengikut mula meningkat ke angka 50,000. Apabila episod pertama ditayangka­n naik sehingga 100,000 pula. Boleh dikatakan setiap hari pengikut bertambah antara 10,000 ke 15,000. Sehingga sekarang jumlah pengikut saya lebih 500,000 orang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia