Harian Metro

Jaga etika jadi ‘polis’

- DARI MUKA 1

Elizad gembira dikeliling­i pelakon hebat,

berdedikas­i sepanjang penggambar­an

Elizad mengakui dia memperoleh pengalaman berharga sepanjang penggambar­an drama itu sebelum ini.

“Sebaik saja menyarung pakaian seragam, saya perlu menjaga etika sebagai anggota polis dan fokus pada watak.

“Pada mulanya, saya kekok untuk mengendali­kan pistol tetapi ia berjaya diatasi dengan bimbingan pengarah dan kru di lokasi penggambar­an,” katanya.

Bercerita dari segi cabaran pula, Elizad berkata, penggambar­an dilakukan pada Ramadan.

“Selain penggambar­an di tengah panas, ia membabitka­n banyak babak menunggang motosikal polis.

“Saya memang peminat motosikal berkuasa tinggi dan ia juga satu tarikan dalam cerita ini,” katanya.

Mengenai gandingan dengan Aaron pula, Elizad berkata, dia tidak ada masalah mendapatka­n keserasian.

“Saya sering digandingk­an dengan hero yang mudah untuk bekerjasam­a dan Aaron juga seorang yang suka menceriaka­n suasana ketika penggambar­an.

“Begitu juga Erra, dia pelakon senior yang sangat merendah diri dan tidak lokek ilmu di lokasi. Sebagai orang baru, Elizabeth juga berbakat dalam bidang lakonan. Drama ini lebih santai dan sajian hiburan untuk seisi keluarga,” katanya.

Drama bersiri ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria & Ria HD bermula 31 Julai lalu.

Selain berlakon, Elizad juga mengembang­kan cabang seni dengan menceburi bidang nyanyian.

Malah, single pertamanya Hai Yaya juga mendapat sambutan daripada peminat dan terpilih menjadi lagu tema drama bersiri Encik Suami Mat Salleh Celup.

“Saya bersyukur lagu itu diterima peminat. Insya-Allah, saya dalam perancanga­n untuk muncul debgan single baru pula.

“Kalau boleh saya mahukan genre lagu yang lebih santai dan akustik selepas ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Elizad kini terbabit dengan penggambar­an program Into Jannah (slot suami isteri) selama tujuh hari di Canberra, Australia untuk saluran Astro Oasis.

Elizad juga ditemani suaminya, Shamsul

Baharin sepanjang di luar negara.

Menyusul selepas itu, dia akan ke lokasi penggambar­an drama bersiri sebanyak 70 episod, Syurga Yang Kedua berganding­an dengan Erra Fazira untuk saluran Astro Prima.-Ramlah Zainal

 ??  ?? ELIZAD tidak sukar cipta keserasian dengan Aaron.
ELIZAD tidak sukar cipta keserasian dengan Aaron.
 ??  ??
 ??  ?? AZIZ memperkata­kan sesuatu kepada barisan pelakon.
AZIZ memperkata­kan sesuatu kepada barisan pelakon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia