Harian Metro

ENGGAN TERBABIT AURA NEGATIF

- DARI MUKA 1

Hannah tidak baca komen bersifat kejian di media sosial

“Sebenarnya saya tak menyangka mendapat maklum balas sebegini. Lagipun, ini drama pertama lakonan saya di Malaysia. Sebagai orang baru, saya bangga dengan peluang diberikan. Namun tak mahu terlalu selesa dengan setiap pujian. Banyak lagi yang perlu diperbaiki,” katanya.

Dalam pada banyak memuji, Hannah yang juga anak tunggal dalam keluarga akur apabila turut mendapat kritikan malah kejian daripada pengguna laman sosial.

Namun, Hannah mengambil pendekatan untuk tidak membaca komen itu bagi mengelak terbabit dalam aura negatif.

“Tidak dinafikan ada juga yang memberikan komen negatif. Kebanyakan mereka peminat Syafiq yang mungkin berasa cemburu. Saya tak ambil peduli pun. Apa yang mereka nak cakap atau tulis, saya tak kisah.

“Dalam perkara ini saya tak boleh paksa peminat suka saya atau lakonan saya. Bagi saya mudah, kalau memang tak suka jangan tengok atau ‘unfollow’ saja di Instagram. Saya berlakon dengan

Syafiq atas dasar kerja dan profesiona­l. Tidak pernah lebih daripada itu,” katanya.

Hannah berkata, sambutan diberikan peminat di sini sekali gus membuka mata banyak pihak di negara kelahirann­ya.

“Sebelum ini saya pernah berlakon selama setahun di Singapura. Namun, impaknya tidak sehebat di sini. Pendedahan dalam industri seni di sini lebih besar. Disebabkan itu nama saya cepat dikenali.

“Saya berasakan peminat di sana mula buka mata. Peminat dari negara sendiri juga bertambah ramai,” katanya.

Hadir dengan wajah cantik membuatkan Hannah mengambil keputusan untuk tidak tampil seksi sama ada di luar atau di kaca TV.

Pada masa sama, Hannah seboleh-bolehnya mengelak melakonkan aksi romantik keterlalua­n.

“Dari dulu lagi saya memang tak suka berpakaian seksi. Ia bukan permintaan emak tetapi kemahuan diri sendiri. Kalau dalam lakonan pun, bagi saya banyak cara yang boleh menonjolka­n keseksian seseorang. Tidak semestinya perlu berpakaian terdedah atau menayang anggota badan.

“Sekiranya mendapat watak sebegitu, saya boleh berkongsi idea dengan pengarah. Saya percaya kalau ada perbincang­an pasti semuanya berjalan lancar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia