Harian Metro

Elemen seram bukan tipikal

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Setiap babak dalam filem Annabelle: Creation beri penonton ketakutan berbeza

Satu daripada filem wajib tonton tahun ini adalah Annabelle: Creation.

Ia boleh dikatakan karya seram terbaik pengarah David Sandberg dan penerbit terkemuka kelahiran Malaysia, James Wan serta Peter Safran.

Tidak dinafikan, patung Annabelle itu sendiri sudah mencetuska­n ketakutan kepada penonton tidak lama dulu. Impaknya di seluruh dunia begitu besar hingga menjadi igauan ngeri.

Apabila filem sekuel ini dihasilkan, ramai menanti bagaimana tahap seram dan jalan ceritanya pula.

Dibintangi Stephanie Sigman (Sister Charlotte), Talitha Bateman (Janice), Lulu Wilson (Linda), Philipha Coulthard (Nancy), Grace Fulton (Carol), Anthony LaPaglia (Samuel Mullins) dan Miranda Otto (Esther Mullins), filem ini banyak ketegangan­nya.

Merungkai kisah permulaaan kewujudan Annabelle, pengarah ternyata memberikan keadilan kepada jalan ceritanya.

David memang bijak mempermain­kan perasaan penonton dengan perkembang­an plotnya.

Elemen seramnya bukan tipikal seperti filem lain yang bergantung kepada kejutan untuk mewujudkan ketakutan. Masih ada beberapa babak sebegitu tapi tidak melebih-lebih.

Sebaliknya, pengarah menggunaka­n pendekatan halus apabila rasa takut itu bertambah perlahanla­han. Setiap babak pasti memberikan penonton ketakutan yang berbeza.

Rasa ingin tahu juga cepat memuncak terhadap apa sebenarnya cerita di sebalik perkara aneh yang dialami setiap watak. Pengalaman mereka berbeza-beza tapi tetap menimbulka­n ketakutan tersendiri.

Bermula dengan tindakan Janice melanggar peraturan di rumah berkenaan, kegembiraa­n mereka mula digugat dengan keanehan demi keanehan yang berlaku.

Daripada hanya berteka-teki, ia semakin jelas wujud satu kuasa jahat yang mengganggu mereka satu persatu.

Janice dan Linda terutamany­a sangat percaya kuasa jahat berkenaan adalah angkara patung yang mereka jumpa di bilik mendiang anak Samuel serta Esther.

Bagaimanap­un, sangat menarik mengenai filem ini adalah putaran cerita yang disuntik begitu menjadi. Walaupun bukan putaran yang terlalu ekstrem, cukup untuk membuatkan penonton tidak keruan.

Misalnya Linda yang menjadi mangsa seterusnya patung berkenaan selepas Janice tiba-tiba bertukar lebih peka. Dia sebaliknya mula berani mencari punca sebenar kuasa jahat itu.

Begitu juga watak Samuel yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak kecil di rumah

 ??  ?? KEJADIAN aneh yang berlaku adalah berbeza-beza.
KEJADIAN aneh yang berlaku adalah berbeza-beza.
 ??  ?? RASA seram bertambah seiring perkembang­an plot.
RASA seram bertambah seiring perkembang­an plot.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia