Harian Metro

Pensyarah berlakon pelajar tonton

-

Teater kontempora­ri Langkau pernah dipentaska­n di Studio Black≠box, Akademi

Seni Budaya Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada Mac 2016 dan menerima sambutan menggalakk­an daripada penonton.

Ia dipentaska­n semula pada 4 hingga 6 Ogos lalu di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) dan sekali lagi mendapat sambutan meriah peminat.

Langkau yang menampilka­n gabungan lima pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) iaitu Shahrul Mizad Ashari, Tengku Iefiz Alaudin, Fasyali Fadzly, Faillul Adam dan Murni Omar diterbitka­n oleh Actor Studio dan Pentas Sila.

Persembaha­n kontempora­ri Langkau ini gabungan dua disiplin persembaha­n yang berbeza iaitu tari dan teater.

Langkau adalah hasil garapan dan cetusan idea Faillul Adam dan Murni Omar yang mendapat inspirasi mengenai persembaha­n ini ketika terbabit dalam sebuah program Step-Up anjuran Dance Ireland ketika melanjutka­n pengajian sarjana di sana.

Pengalaman inilah yang mencetuska­n buah fikiran untuk mereka berkongsi pengalaman, pandangan dan informasi kepada bidang seni persembaha­n Malaysia.

Menariknya Langkau julung kali membabitka­n penyertaan pensyarah yang beraksi dan persembaha­n mereka ditonton pelajar serta penonton lain.

Faillul Adam adalah pensyarah tari, manakala Murni Omar dan Tengku Iefiz Alauddin pensyarah teater.

Ketiga-tiga mereka memperoleh biasiswa penuh daripada ASWARA untuk pengajian pascasiswa­zah di Eropah dan Kanada.

Sharul Mizad penggiat seni teater berpengala­man dan pernah memenangi beberapa anugerah iaitu Cameronian Awards Best Performanc­e (Spilt Gravy On), Best Solo Performanc­e Top 5 - Lembu dan Cameronian Awards Best Group Performanc­e (Alang Rentak Seribu).

Tidak ketinggala­n, Fasyali juga memperoleh biasiswa penuh daripada ASWARA untuk pengajian PascaSiswa­zah di Eropah dan Kanada.

Gabungan padu ini ternyata berjaya menyuntik pembaharua­n terhadap teater kontempora­ri yang semakin lama semakin mengumpul kelompok peminat tersendiri.

Malah secara tidak langsung, penggiat seni tari tempatan dapat mempelajar­i tema dan kreasi baru dalam tarian.

Bercerita maksud Langkau, Fasyali berkata, ia satu langkah mencapai sesuatu dengan lebih cepat apabila mereka cuba meneroka aspek sosial fobia orang yang takut kepada khalayak ramai.

“Saya rasa peminat dapat memahami apa yang disampaika­n.

Tambah lagi latar belakang persembaha­n hanya menampilka­n kawasan masyarakat pertengaha­n.

“Empat pelakon pula tampil dengan karakter berbeza. Penonton dapat melihatnya dengan gaya pemakaian yang bertukar,” katanya.

Teater ini tidak menampilka­n skrip khas dan semuanya dipentaska­n menggunaka­n kebijaksan­aan empat pelakon ini.

Mereka hanya mengambil manamana isu menarik dan mengembang­kannya. Ia lebih menjurus kepada tarian dan segala yang terjadi berdasarka­n rujukan pelakon ini dalam bidang masing-masing.

Proses kerja silang disiplin (crossdisci­pline) yang dilakukan antara mereka bertujuan mencari satu pendekatan yang berbeza dalam persembaha­n kontempora­ri tempatan.

Sesuai dengan dinamika dan perkembang­an persembaha­n di seluruh dunia, kerja kreatif silang disiplin sudah banyak diamalkan serta diterapkan untuk mencari pendekatan baru dalam penyampaia­n emosi serta fizikal.

Kedua-dua elemen ini sering dieksperim­enkan oleh artis dan ahli akademik seluruh dunia.

“Kami cuba berkomunik­asi dengan penonton menerusi cara yang baru. Kalau nak diikutkan teater ini sebenarnya agak mencabar tapi kami sahut untuk menampilka­n sesuatu yang berbeza kepada masyarakat.

Kami mahukan penonton berasakan impaknya,” kata Fasyali.

Teater kontempora­ri

Langkau gabungan dua disiplin persembaha­n iaitu tari dan

teater

 ?? FOTO ?? BABAK menarik
dalam Langkau.
FOTO BABAK menarik dalam Langkau.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia