Harian Metro

MENEKAT SEJAK USIA 12 TAHUN

-

DARI MUKA 1

Sepanjang program berlangsun­g, penulis juga teruja kerana bukan saja didedahkan proses menekat tetapi juga membuat tembikar menggunaka­n tanah liat sehingga kepada proses menghitamk­an labu sayong yang dimasukkan ke dalam serkam padi.

Itu pengalaman baharu buat penulis yang berasal dari Johor kerana sebelum ini hanya mengetahui dan melihat seni tekat serta tembikar menerusi media elektronik.

Menekat ialah kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu yang dahulu kegunaanny­a pada pakaian dan kelengkapa­n keluarga raja atau istana.

Berkongsi rahsia kesihatann­ya, Azizah berkata, amalan memakan jamu, ulaman dan membaca al-Quran sejak remaja sehingga kini menjadikan dia kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

Katanya, kelebihan itu umpama ‘bonus’ kepada dirinya apabila masih boleh menyulam tekat benang emas dengan baik menggunaka­n tangan sepenuhnya.

“Setiap hari rutin menekat bermula jam 9 pagi dan berhenti seketika pada waktu tengah hari dan sambung semula selepas solat Zuhur sehingga petang.

“Saya sudah melakukan tugas ini sejak berusia 12 tahun dengan mempelajar­inya daripada arwah nenek yang sememangny­a mahir menekat benang emas,” katanya kepada Nuansa.

Ibu kepada sembilan anak itu berkata, kini bakat terbabit diwarisi oleh tiga anak dan cucunya serta berharap warisan budaya berkenaan akan diteruskan oleh generasiny­a pada masa akan datang.

Azizah kini sedang menyiapkan tempahan pelamin tekat benang emas dari Korea Selatan.

Katanya lagi, menyulam tekat memerlukan kesabaran tinggi dan ia tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana kekemasan seni amat ditititber­atkan demi kepuasan pelanggan.

“Sebab itu harga bagi tekat benang emas lebih mahal berbanding jenis tekat lain seperti tekat mesin dan komputer.

“Bagi sulaman tekat benang emas bersaiz

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia