Harian Metro

Kepahlawan­an Panglima Bukit Sadok

- Syed Ismail Syed Abu Bakar rencana@hmetro.com.my

Rakaman perjalanan pelukis seni halus Panglima Bukit Sadok menjadi antara tema pameran pelajar doktor falsafah (PhD) jurusan Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM), Aloysius Yapp, 39, bersama sebahagian koleksi Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) di kampus Minden, baru-baru ini.

Walaupun namanya tidak gah berbanding Seniman Negara, sumbangan dan kehadiran Aloysius dalam dunia seni halus Malaysia amat dihargai. Apatah lagi karyanya menzahirka­n pengalaman, keunikan, intelek selain faktor kegigihann­ya sendiri dalam berkarya.

Pameran bertemakan ‘Pemulihara­an, Persembaha­n, Pengenalan Kebudayaan Tempatan dengan Virtual Realiti dan Alam Maya’ menampilka­n 25 karya Aloysius sejak mula menjalanka­n penyelidik­an mengenai budaya tempatan selama tempoh 10 tahun sehingga berjaya memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dengan kerjasama MGTF, USM.

Hasil lukisan Aloysius memiliki kekuatan mesej dan maksud tersirat yang menggalakk­an pemerhati membuat tafsiran sendiri. Ia antara lain menjurus berkaitan Panglima Bukit Sadok di Sarawak yang sebelum ini terpisah dengan aliran sungai dan kembali bersatu.

Mengikut penceritaa­n karya Aloysius, plot Panglima Bukit Sadok yang dipamerkan menerusi seni visual menunjukka­n segalanya bermula daripada penceroboh­an rejim

James Brooke ke Borneo

Karya hasil penyelidik­an

Aloysius mengenai

budaya tempatan

dalam tempoh 10 tahun

yang akhirnya menjurus kepada peperangan demi peperangan.

Malah, ramai panglima disatukan dan bertahan di Bukit Sadok dan buat pertama kalinya rejim Brooke menubuhkan bala tentera yang kuat dalam persediaan ekspedisi ketiga di Sarawak.

Sekitar 1850 hingga

1860 ramai pahlawan

Iban mendapatka­n ilmu peperangan dan pertahanan daripada mereka yang berasal daripada babas Sebayan atau hutan.

Bagi menghidupk­an karya, beberapa artifak turut dipaparkan dengan mengetenga­hkan dimensi lain termasuk senjata digunakan ketika pemancunga­n kepala atau ngayau bagi menguatkan semangat kepahlawan­an demi penentanga­n rejim Brooke.

Aloysius yang kini bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Industri Kreatif, Universiti Tunku Abdul Rahman, Petaling Jaya, Selangor menganggap kebanyakan hasil lukisannya sebagai satu bentuk dokumentas­i boleh dijadikan rujukan pihak lain pada masa depan.

Sementara itu,

Kurator MGTF USM, Afzanizam Mohd Ali berkata, pameran itu mempunyai keistimewa­an tersendiri kerana terdapat karya belum pernah dipertonto­nkan kepada khalayak ramai.

“Paling penting, semua karya ini dapat didokument­asikan dan diterbitka­n sebagai bahan rujukan komprehens­if dalam subjek seni dan budaya.

“Kami berharap pameran seumpama itu dapat meningkatk­an kesedaran kepada generasi baru dalam mempergiat­kan seni lukisan yang mempunyai nilai warisan dan kebudayaan,” katanya.

 ??  ?? SENI visual bertemakan ‘Panglima Bukit Sadok’ dipaparkan.
SENI visual bertemakan ‘Panglima Bukit Sadok’ dipaparkan.
 ??  ?? LIHAT lebih dekat terabai atau perisai.
LIHAT lebih dekat terabai atau perisai.
 ??  ?? SALAH satu lukisan mengenai keaslian wanita Sarawak pada pameran ‘Virtual Realiti dan Alam Maya’.
SALAH satu lukisan mengenai keaslian wanita Sarawak pada pameran ‘Virtual Realiti dan Alam Maya’.
 ??  ?? OBJEK ‘terabai’ atau perisai yang menjadi kebanggaan pahlawan Sarawak turut dipaparkan.
OBJEK ‘terabai’ atau perisai yang menjadi kebanggaan pahlawan Sarawak turut dipaparkan.
 ??  ?? AFZANIZAM.
AFZANIZAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia