Harian Metro

Ukiran bunga serikan setiap ruang

Bahagian anjung belakang Masjid Al-Badr Seribu Selawat dirancang untuk pembinaan jeti

-

DARI MUKA 1

Masjid yang mampu memuatkan 1,500 orang dalam satu masa itu dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 8 Jun lalu.

Istimewa Masjid AlBadr Seribu Selawat itu bukan saja menjadi masjid terapung pertama di Perak, malah ia diilhamkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga anak jati pulau peranginan itu.

Pengerusi masjid merangkap Ketua Kampung Teluk Gedong Norazamai Abu Bakar berkata, bersesuaia­n dengan namanya, setiap bahagian dinding di dalam dan luar masjid dipenuhi ukiran seni halus Islam dan kaligrafi 1,000 selawat.

Menurutnya, ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri ini.

“Ukiran seni kerawang dan bunga yang menghiasi masjid ini adalah yang terdapat di Perak seperti bunga tekat dan ia menjadi tarikan.

“Selawat yang memenuhi ruang masjid ini ada yang dicetak dengan mesin cetak dan ada ayat al-Quran yang ditulis tangan sepenuhnya pada marmar di bahagian mimbar.

“Ini menunjukka­n kehalusan hasil kesenian tangan dan kaligrafi Islam yang sangat menarik,” katanya.

Beliau berkata, di bahagian atas masjid mempunyai pejabat dan bilik mesyuarat manakala ruang bawah adalah ruang solat utama yang berhawa dingin dan terbuka.

Katanya, di bahagian anjung belakang dirancang untuk membina jeti bagi bot atau sampan untuk memudahkan sebarang urusan seperti kematian dan membawa jenazah terus ke masjid untuk disembahya­ngkan.

“Bukan sahaja fungsi utamanya sebagai tempat beribadat dan majlis ilmu atau ceramah ia turut menjadi salah satu lokasi wajib dilawati apabila berkunjung ke Pulau Pangkor.

“Malah, tidak keterlalua­n jika ia diibaratka­n sebagai ikon Pulau Pangkor dan Perak kerana Masjid Al- Badr Seribu Selawat adalah masjid terapung pertama di negeri ini selain menampilka­n kelainan dengan dipenuhi selawat di setiap ruangnya,” katanya.

Norazamai berkata, masjid itu juga menunjukka­n konsep mirip masjid di Turki dan Timur Tengah melalui kubah dan seni binanya. -Noor Hidayah Tanzizi

Ukiran seni kerawang dan bunga yang menghiasi masjid ini adalah yang terdapat di Perak seperti bunga tekat dan ia menjadi tarikan

 ?? FOTO MUHAIZAN YAHYA ?? MASJID Al-Badr Seribu Selawat tersergam indah.
FOTO MUHAIZAN YAHYA MASJID Al-Badr Seribu Selawat tersergam indah.
 ??  ?? PENUH dengan unsur kesenian.
PENUH dengan unsur kesenian.
 ??  ?? KEUNIKAN dapat dilihat di bahagian dalam masjid .
KEUNIKAN dapat dilihat di bahagian dalam masjid .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia