Harian Metro

Lakonan bawa pada kerjaya jurusolek

-

DARI MUKA 9

Malah, kerjaya ini juga membawanya mengembara ke seluruh pelosok dunia mewakili jenama kosmetik dari Perancis, By Terry.

Namun, siapa sangka Blanche yang bermula sebagai pelakon teater di tanah kelahirann­ya akhirnya memilih bidang solekan sebagai kerjaya malah mengakui pembabitan­nya juga secara tidak sengaja

“Tidak pernah saya bayangkan tugas sebagai pelakon itu rupanya membentuk profil kerjaya saya. Saya mengambil keputusan menyertai akademi kecantikan selepas menyedari bakat terpendam yang dimiliki.

“Bayangkan semasa latihan lakonan pentas, saya gemar menyolek diri sendiri dan rakan, lama-kelamaan ia mula sebati dalam diri dan mendapat kepuasan dengannya.

“Antara sebab membuatkan saya tergerak hati untuk fokus ke arah dunia solekan adalah kerana mengikut gerak hati dan percaya pada kurniaan bakat melukis saya.

“Semasa menyolek wajah seseorang, saya terasa seperti sedang melukis kerana sentiasa bermain dengan berus dan warna,” katanya.

Wanita berusia 28 tahun itu berbangga apabila dia kini menikmati kepuasan hidup dengan mempertaru­hkan bakat dan sentuhan seni kreatif dalam dirinya.

Ikuti temu bual ringkas bersama Blanche mengenai kerjayanya sebagai jurusolek dan jurulatih solekan di syarikat kosmetik terkemuka Perancis, By Terry.

Soalan (S): Berapakah umur anda apabila mula obses dengan solekan?

Jawapan (J): Ia sebenarnya misteri, kerana pada mulanya saya tiada langsung asas dalam solekan. Saya bekerja di kedai kosmetik untuk membayar yuran pengajian diploma dalam bidang lakonan. Minat itu saya temui sendiri ketika berumur 20 tahun dan tidak berhenti sejak itu.

Sebelum ini saya bukanlah gadis yang gemar bersolek malah biasanya tidak mengenakan solekan. Kebetulan saya bekerja di kedai kosmetik, saya mempunyai perasaan ingin tahu mengenai alat solekan dan mencubanya.

S: Bilakah kerjaya profesiona­l anda bermula?

J: Selepas tamat pengajian, iaitu pada usia 24 tahun saya mulakan karier sebagai jurusolek profesiona­l. Sebelum itu di sekolah teater dan lakonan, saya juga berlakon teater. Namun saya sedar di Perancis, bidang ini agak rumit. Saya sebenarnya lebih suka menyolek pelakon lain.

Kerana minat yang mula bercambah, saya kembali menyertai institusi berkaitan kosmetik untuk mendapatka­n sijil dan diploma dalam bidang kecantikan kerana saya ada pengalaman bekerja di kedai kosmetik.

Pengalaman kerja lalu memudahkan saya bercakap dengan pelanggan dan memiliki sijil dalam bidang kosmetik mengukuhka­n lagi perjalanan kerjaya saya sejak tiga tahun lalu.

S: Nasihat anda kepada jurusolek muda yang menceburi bidang ini.

J: Berseronok, sering bertanya, cuba solek rakan terdekat, diri sendiri dan pelbagai jenis kulit kerana anda akan mendapat lebih pengalaman dengan bermain (solekan) terhadap

 ??  ?? BLANCHE mengembara seluruh dunia memperkena­lkan jenama By Terry.
BLANCHE mengembara seluruh dunia memperkena­lkan jenama By Terry.
 ??  ?? BLANCHE dalam bengkel solekan.
BLANCHE dalam bengkel solekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia