Harian Metro

Ucap terima kasih kepada ibu setiap hari

-

Sedarkah kita bahawa sejak lahir sehingga ke hari ini, ibu adalah peminat tegar yang sentiasa memberi sokongan, gembira, bersedih dan berbangga dengan setiap pencapaian serta jatuh bangun anaknya?

Ibu sentiasa melihat yang terbaik dalam diri kita. Mereka melalui banyak cabaran suka dan duka sepanjang membesarka­n anaknya. Malah ibu jugalah insan yang sanggup melakukan kerja 24 jam dan satu-satunya wanita yang berupaya mencintai kita tanpa syarat.

Mungkin ada banyak perkara yang hampir luput dari ingatan seorang anak rentetan kesibukan kerja dan mengejar rutin harian. Namun, tidak kira apa juga alasan, kita seharusnya sentiasa berterima kasih kepada ibu setiap hari! Berikut antara sebab mengapa kita perlu menghargai dan terus menyayangi ibu, sementara mereka masih ada:

1. Ibu adalah insan yang bertanggun­gjawab membawa kita ke dunia ini

2. Ibu adalah guru pertama yang mengajar kita cara bercakap

3. Wanita ini sentiasa dalam keadaan bersedia, tangkas menyambut saat kita hampir jatuh 4. Ibu yang menanam kepercayaa­n pada diri kita bahawa tidak ada yang mustahil

5. Dia tidak pernah jemu memberi galakan dan sokongan

6. Ibu umpama cef terbaik dalam hidup. Dialah yang memasak makanan paling lazat

7. Ibu selalu bimbang dengan apa yang kita makan berbanding apa yang dia makan

8. Sama ada berkerjaya atau tidak, ibu bekerja dua syif sehari!

9. Tidak kira betapa sukarnya kehidupan yang dilalui, ibu sentiasa mengadakan ‘syurga kecil’ untuk kita membesar

10. Ibu adalah orang yang paling arif mencari barang yang hilang di bilik kita sendiri

11. Walau sebesar mana jurang yang perlu kita depani, ibu sentiasa ada untuk anak-anaknya

12. Dia adalah wanita paling ikhlas bersorak saat kita menang dan sedia memberi galakan pada saat kita kalah

13. Ibu tetap kental berdiri di sebelah walaupun kita menolaknya

14. Tidak akan ada orang di dunia ini yang mampu berkorban sebagaiman­a dilakukan seorang ibu

15. Seorang anak mungkin terlupa hari lahir ibu, namun masih dimaafkan walau hatinya terluka 16. Terima kasih ibu kerana memaksa saya menyelesai­kan kerja sekolah dan belajar!

Sumber: Topyaps

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia