Harian Metro

JODOH PILIHAN KELUARGA

-

Pasangan ambil tempoh 10 bulan

untuk saling mengenali

memang saya tidak sangka mak dan ayah bertanya dengan niat hendak menjodohka­n kami bersungguh­sungguh. Saya ingatkan mereka cuma bergurau. Tetapi apabila mak mesej nombor telefon dan meminta saya menghubung­i calon isteri sendiri, barulah saya sedar mereka serius.

“Seminggu selepas mendapat khabar jodoh dari mak dan ayah, saya cuba hubungi Siti Shahirah untuk bertanya sama ada betul dia sanggup dijodohkan keluarga. Ternyata dia juga bersetuju dan sedia akur pada kehendak keluargany­a. Kemudian barulah kami berbual panjang sebagai permulaan perkenalan,” katanya.

Menurut Lokman, dia meletak sepenuh kepercayaa­n kepada ibu bapa dan keluarga mentua kerana yakin jodoh yang ditentukan mampu membawa kemanisan hidup berpanjang­an buat dirinya dan isteri, Siti Shahirah Said, 19.

“Memandangk­an sebelum ini mak ayah menolak mentah-mentah pilihan saya, jadi kali ini saya mengikut kemahuan mereka. Kebetulan bakal isteri tidak ada calon lain dan masih belajar.

“Dalam tempoh sebulan berkenalan, saya hanya sempat bertemu dengan

Siti Shahirah dua kali. Itu pun sekali di rumah saya dan tiga hari sebelum bertunang di rumah bakal mentua. Kemudian, pada raya keempat, 8 Julai 2016, kami mengikat tali pertunanga­n dalam satu majlis ringkas di rumah keluarga Siti Shahirah di Parit Timin, Tangkak, Johor,” katanya.

Berbanding pasangan dua sejoli lain, Muhammad Lokman hanya sempat mengenali isteri kira-kira 10 bulan, sebelum mereka diijabkabu­lkan.

“Jujurnya, saya masih dalam proses mengenali isteri. Namun selepas bertunang, saya dapat lihat isteri adalah seorang yang pandai menjaga kehormatan diri, cantik, mudah dibawa berbincang dan kreatif.

Dia pandai bergaul dengan ramai orang dan tahu batas diri.

“Dari situ, saya percaya dia bukanlah sebarang gadis. Malah, saya berbangga kerana dapat memperiste­rikan dirinya walaupun mengikut aturan keluarga,” katanya.

Sehinggala­h 8 April lalu, selepas yakin dengan hati budi dan keikhlasan masing-masing, Muhammad Lokman akhirnya disatukan dengan Siti Shahirah dalam majlis pernikahan serba meriah di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Besar, Parit Timin, Johor. Majlis resepsi pengantin lelaki pula diadakan di Parit Unas, Muar.

Persalinan indah, solekan cantik raja sehari, dekorasi dan hiasan pelamin mendapat sentuhan kreatif Andaman Mutiara, manakala hidangan kenduri sebelah lelaki menggunaka­n khidmat Mahpar Catering. Saat bahagia kedua mempelai dirakam jurugambar Amelia Nasarruddi­n daripada Ameynasa Photograph­y.

Pasangan pengantin sama cantik sama padan itu mengharapk­an hubungan dibina berkekalan selamanya dan dapat mengharung­i suka duka kehidupan bersama.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia