Harian Metro

CELORENG MUSIM LURUH

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Koleksi ala tentera pilihan lelaki sejak zaman-berzaman

Tidak mahu ketinggala­n memperkena­lkan rekaan untuk musim luruh 2017, Timberland sekali lagi menampilka­n koleksinya dengan pilihan motif celoreng paling digemari golongan lelaki.

Koleksi Camo mengetenga­hkan tema celoreng sebagai tarikan berikutan diminati lelaki sejak zaman-berzaman. Cetakan ala tentera ini bukan setakat memenuhi gaya maskulin, malah kekal memiliki aura tersendiri.

Musim luruh ini, Timberland mengemas kini koleksi pakaian Camo mereka mengikut musim dengan percikan biru. Koleksi pakaian yang lengkap terdiri daripada jaket bomber, baju, polos, baju-T, seluar pendek serta chinos ini pasti menyerlahk­an gaya harian anda.

Jaket Mount Hight Reversible Bomber umpamanya diilhamkan oleh MA-1 untuk penampilan tentera dengan sentuhan moden. Rekaan baju ini boleh diterbalik­kan, sekali gus memberi dua gaya berbeza kepada si pemakai. Berbeza dengan kebanyakan koleksi kemeja-T di pasaran, Mumford River Camo Chambray ini diperbuat daripada 100 peratus kapas Chambray. Celoreng di bahagian dalam menampakka­n kesan langsing dan menonjolka­n gaya kasual.

Bagi yang selesa dengan gaya ringkas dan santai, Dunstan River Camo Print Brand Tee dan Kennebec River Camo Multi-Story

Tee boleh dijadikan pilihan. Kedua-duanya dihasilkan daripada 100 peratus kapas jersi organik. Sedikit sentuhan Camo di poket dan tengah baju memberi kesempurna­an pada penampilan pemakai.

Kedua-dua baju-T ini sesuai dipadankan dengan celana pendek Squam Lake Chino Turn Up Shorts rona coklat atau Squam Lake Chino Pattern Shorts dengan cetakan Camo penuh rona biru.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia