Harian Metro

INOVASI MIKROSKOP RM22.95

-

SAM Jeram muncul juara SDYIC 2017, bukti kehebatan pelajar aliran agama

tempat ketiga dengan hadiah kit robot STEM Mbot Ranger dan pek tambahan Lightsaber mBot Ranger.

Wakil pasukan, Nur Anis berkata, mereka terkejut sebaik diumumkan juara kerana kali pertama turut serta dalam pertanding­an berkenaan.

Bagaimanap­un, Nur Anis bersyukur dan berterima kasih kepada guru Sains, Sabariah Hussein dan mentor, Muhammad Amir Zahidin Zainal Abidin yang membimbing mereka sehingga meraih kemenangan berkenaan.

“Jujurnya, saya tidak sangka dengan kemenangan ini kerana ciptaan pesaing lain tidak kurang hebatnya malah gaya penyampaia­n mereka juga meyakinkan berbanding kami yang agak gementar kerana pertama kali bertanding.

“Namun, ini yang dinamakan rezeki dan mengenai ciptaan kami, ia adalah idea bersama selepas mengambil kira keperluan mikroskop yang penting dalam pembelajar­an tetapi tidak banyak di makmal sekolah.

“Jadi, ciptaan mikroskop mudah alih adalah penyelesai­an bagi membantu proses pembelajar­an berjalan lebih lancar,” katanya.

Nur Anis berkata, meskipun merangkul gelaran juara, dia dan ahli kumpulanny­a belum berpuas hati sepenuhnya dan bercadang menambah baik prototaipc­iptaanmere­ka.

Katanya, penambahba­ikan itu bagi memastikan prototaip itu boleh dijadikan rujukan untuk dikomersia­lkan bagi kegunaanse­kolah.

“Prototaip itu dihasilkan dengan kos RM22.95 saja merangkumi bahan seperti kotak, getah, lidi aiskrim dan komponen penting iaitu Arduino nano.

“Buat masa ini, ia boleh berfungsi cuma perlu ditambah baik jika mahu menghasilk­an satu peralatan yang sempurna ,” katanya

Sebanyak 15 pasukan dari sembilan sekolah mengambil bahagian dalam SDYIC 2017 yang dianjurkan Yayasan

Sime Darby dengan kerjasama syarikat berteraska­n teknologi kejurutera­an, Chumbaka, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC ) dan komuniti sukarelawa­n belia di Malaysia, iM4U.

Daripada jumlah itu, hanyaenamp­asukanmara ke peringkat yang majlis penyampaia­n hadiahnya disempurna­kan Pengerusi Sime Darby Tan Sri Abdul Ghani Othman.

 ??  ?? PESERTA bersama hadiah kemenangan masing-masing .
PESERTA bersama hadiah kemenangan masing-masing .
 ??  ?? PASUKAN Afa Arduino bersama hadiah kemenangan mereka.
PASUKAN Afa Arduino bersama hadiah kemenangan mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia