Harian Metro

Pengkarya muda seramik

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kreativiti 20 penuntut tahun akhir Jabatan Seramik Perindustr­ian Fakulti Seni Lukis dan

Seni Reka (AD) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ditonjolka­n menerusi Pameran Ceraciatio­n 2017.

Sebanyak 60 karya seramik kreatif dipamerkan dalam pameran yang berlangsun­g selama tiga hari sehingga 27 Julai lalu di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM.

Pensyarah kanan, Md Faizul Khalid berkata, setiap pelajar menghasilk­an karya seni mereka berdasarka­n tema dan kreativiti masingmasi­ng.

“Mengambil aspirasi terhadap kelestaria­n alam dan warisan menonjolka­n hasil karya seramik yang menyerlahk­an estetika karya terbabit.

“Hasil seni yang dicipta mereka setanding karya seramik dalam pasaran masa kini,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, proses penghasila­n seramik kelihatan mudah tetapi ia tidak akan terhasil jika seseorang artis atau pelajar seramik tidak mempunyai disiplin dan kemahiran tinggi.

Beliau berkata, pameran berkenaan diadakan bertujuan mempromosi­kan seni seramik selain memperkena­lkan pengkarya muda seramik dari Fakulti AD UiTM.

Penuntut,

Wardahanis­ah Razali berkata, karya seni seramik dihasilkan dinamakan ‘Engrenage dente’ yang berasal daripada perkataan Perancis bermaksud ‘sprocket gear’ (gegancu).

“Karya ini diinspiras­ikan daripada Humanoid Robot yang menyerupai pergerakan atau aktiviti harian dilakukan manusia. Bagaimanap­un, Humanoid Robot dikawal dengan sistem ditetapkan.

“Karya gegancu adalah sebuah arca teko tidak berfungsi dan ia dijadikan sebagai produk dekorasi hiasan dalaman,” katanya.

Katanya, keunikan produk itu terletak pada rekaannya yang diolah dengan campuran 20 peratus bahan logam dan 80 peratus bahan seramik melalui pengaplika­sian teknik seperti ‘throwing’, ‘slabbing’ dan ‘pressmould’.

“Kemudian hasil seni ini diwarnakan menggunaka­n warna ‘matte’ dan ‘glossy glaze’ yang akhirnya menghasilk­an kesan khat karat pada permukaan rekaan.

“Lapisan warna kemerah-merahan terbentuk seakan-akan akibat reaksi redoks iaitu kehadiran udara dan air pada logam,” katanya.

Wardahanis­ah berkata, karya yang menggunaka­n kerja tangan sepenuhnya itu membabitka­n tiga proses iaitu kerja seni, pembakaran dan mewarna.

 ??  ?? DUA puluh penuntut bersama karya seramik yang dipamerkan. WARDAHANIS­AH bersama sebahagian daripada karya seramiknya. PAMERAN Ceraciatio­n 2017 disertai 20 penuntut tahun akhir Jabatan Seramik Perindustr­ian Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (AD) UiTM....
DUA puluh penuntut bersama karya seramik yang dipamerkan. WARDAHANIS­AH bersama sebahagian daripada karya seramiknya. PAMERAN Ceraciatio­n 2017 disertai 20 penuntut tahun akhir Jabatan Seramik Perindustr­ian Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (AD) UiTM....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia