Harian Metro

Bina bisnes dengan kreativiti

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Menjadi pelukis mudah tetapi untuk melahirkan usahawan seni muda berjaya dalam industri seni kreatif negara adalah sukar.

Ini kerana mereka perlu memiliki ilmu pengetahua­n dan kemahiran untuk menjadi usahawan seni berdaya saing dalam bidang berkenaan.

Sehubungan itu, Lembaga Pembanguna­n Seni Visual Negara (LPSVN) mengambil inisiatif menganjurk­an program Usahawan Seni Muda (YAE!) selama enam bulan bermula Julai lalu.

Seramai tujuh pelukis muda terpilih menyertai program itu yang ditempatka­n di kontena Balai Seni Negara (BSN) untuk menghasilk­an karya catan, cetakan dan acra.

Penolong Kurator BSN Mohd Zuriyadi Sarpin berkata, sepanjang program berlangsun­g pelukis muda dilatih dalam bidang seni dengan kemahiran keusahawan­an, memberi pendedahan dan tunjuk ajar secara terus oleh konsultan keusahawan­an, pelukis jemputan dan kurator jemputan.

“Mereka juga akan diberikan pendedahan mengenai industri seni bagi meningkatk­an kreativiti dalam menghasilk­an karya menarik yang mampu memenuhi kehendak pasaran dan membina perniagaan seni secara tersusun.

“Program keusahawan­an ini mengguna pakai konsep seni inkubator dan mengambil peluang skala ekonomi melalui amalan perkongsia­n sumber seperti kemudahan, teknologi, peralatan dan kejurulati­han,” katanya kepada Nuansa.

Beliau berkata, pada peringkat akhir program itu peserta akan mengadakan pameran secara berkumpula­n bagi mempamerka­n karya seni masing-masing yang diharapkan boleh mencetuska­n fenomena.

Katanya, oleh itu mereka boleh menjadikan bidang seni sebagai kerjaya sepenuh masa dan artis berjaya.

Peserta, Ahmad Fikril Haniff Shahruddin, 24, berkata, dia seronok menyertai program berkenaan kerana pertama kali didedahkan dengan pengurusan perniagaan secara lebih mudah.

“Sebelum ini saya hanya tahu melukis dan sekarang memahami usaha dilakukan BSN untuk memperkasa­kan artis muda.

“Walaupun baru sebulan menyertai program ini tetapi dapat banyak ilmu berguna terutama mendidik saya dan artis lain memperjuan­gkan karya seni untuk seni,” katanya.

Lulusan Seni Halus Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, sehingga kini dia sudah menghasilk­an 50 karya dan mempunyai impian untuk pergi lebih jauh dalam bidang berkenaan.

 ??  ?? KONTENA yang dijadikan studio artis muda berkarya.
KONTENA yang dijadikan studio artis muda berkarya.
 ??  ?? PELUKIS muda yang menyertai program Usahawan Seni Muda (YAE!) selama enam bulan.
PELUKIS muda yang menyertai program Usahawan Seni Muda (YAE!) selama enam bulan.
 ??  ?? MOHD Zuriyadi
MOHD Zuriyadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia