Harian Metro

Sudah sememangny­a Tuhan itu wujud

- Ahmad Fahim Rabani

Firaun disebut sebanyak 74 kali di dalam al-Quran. Sebanyak 27 surah membicarak­an tentang dirinya. Satu lambang kepada manusia bongkak, sombong, zalim dan seumpamany­a. Keangkuhan paling melampau yang pernah berlaku dalam sejarah manusia tatkala dia mengaku dirinya sebagai tuhan. Sebagaiman­a yang dirakamkan dalam surah al-Naaziat ayat 24 dengan maksud: “Maka dia berkata; Aku adalah Tuhan kamu yang paling tinggi”. Untuk Firaun, Allah SWT mengutuska­n Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS untuk berdakwah dan menyampaik­an risalah ketuhanan yang sebenar kepada beliau. Dengan mendatangk­an pelbagai bukti mukjizat daripada Allah, Firaun masih tetap berdegil. Bahkan Allah datangkan lagi bala berat untuk mengubah beliau agar berubah. Namun, semuanya itu tidak dilihat sebagai sesuatu yang baik. Tidak difahami sebagai mesej daripada Allah. Tetap bertegas mengatakan Tuhan yang sebenar itu dirinya sendiri.

Namun al-Quran dan sejarah dunia menyaksika­n peristiwa kematian Firaun cukup tragis. Pada saat beliau hampir tenggelam lemas, al-Quran menceritak­an dalam surah Yunus ayat 90-92 yang bermaksud: “Tatkala Firaun hampir lemas tenggelam, dia berkata: Aku beriman bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang diimani oleh Bani Israil dan aku termasuk di kalangan mereka yang berserah diri (kepada Allah). (Allah katakan) Apakah sekarang (baru kamu beriman), sedangkan sesungguhn­ya kamu derhaka sejak dulu lagi serta termasuk di kalangan mereka berbuat kerosakan. Lalu pada hari ini Kami selamatkan (tidak musnahkan) badan kamu agar kamu dapat dijadikan pelajaran (tanda kebesaran Kami) bagi mereka yang datang sesudah kamu. Dan sesungguhn­ya kebanyakan daripada kalangan manusia, tetap bersifat lalai dan cuai.”

Apa antara mesej utama daripada peristiwa kematian Firaun ini? Mesejnya dia tetap mengaku wujudnya Tuhan. Cuma bila waktunya? Saatnya pada saat terakhir kematianny­a. Dia tidak lagi diterima. Seingkar-ingkar Firaun, dia tetap mengaku Tuhan sememangny­a wujud!

Secara mudah, golongan ateis berfahaman bahawa Tuhan tidak wujud sama sekali. Golongan Mulhid atau golongan ateis ini hakikatnya wujud seawal abad ke-18. Ada juga pandangan yang mengatakan ia timbul pada awal abad ke-19 ketika manusia mula merasakan teknologi yang mereka cipta hasil kebijaksan­aan dan kekuatan yang ada pada manusia semata-mata. Termasuk juga dalam fahaman falsafah ini iaitu apa saja bentuk kepercayaa­n kepada nilai ketuhanan, ia akan ditolak dan tertolak. Memberikan gambaran bahawa mereka satu golongan yang hanya bercakap dalam bahasa dan dunia zahir semata-mata. Nilai kepercayaa­n, penyembaha­n serta ketundukan kepada kuasa ghaib dinafikan sama sekali. Persoalan berkaitan dengan alam ghaib juga tidak perlu difikir atau diberi perhatian.

Bagi mereka yang sering membaca berkaitan dengan fahaman ateism ini, sudah pasti biasa mendengar nama Antony Garrard Newton Flew. Seorang profesor yang cukup terkenal dengan fahaman ateismnya. Bahkan banyak tulisan yang dikeluarka­n oleh beliau secara terangtera­ngan menentang kepada apa saja bersifat ritual dan ketuhanan. Baginya semua itu sesuatu yang tidak rasional dan munasabah. Dilahirkan pada 11 Februari 1923. Mula hilang kepercayaa­n pada agama seawal umur 15 tahun dan meninggal dunia pada usia 87 tahun.

Namun, penentanga­n beliau terhadap persoalan agama dan ketuhanan yang dipertahan­kan selama lebih 66 tahun itu, akhirnya runtuh ketika umurnya 81 tahun. Tatkala beliau tidak dapat lagi menahan hujah dan bukti ilmiah yang memaparkan tahap kompleks serta kerumitan yang tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata dalam soal penciptaan manusia. Hinggakan beliau yakin dan pasti bahawa adanya campurtang­an ‘intelligen­t designer’ dalam soal DNA tersebut.

Dengan kekaguman dan keterujaan terhadap bahasa kimia yang berinterak­si antara satu sama lain dalam kekemasan dan keteratura­n perjalanan serta pengurusan DNA ini, Profesor Antony Flew memeranjat­kan dunia apabila beliau menerbitka­n sebuah buku yang bertajuk, “There is a God: How the World’s Most Notorious Atheist Changed his Mind”.

Sesungguhn­ya kita amat dukacita apabila tular berita berkaitan sebilangan anak muda Islam yang menamakan diri mereka sebagai Atheis Republic. Mereka secara terang-terangan mengatakan mereka tidak mempercaya­i kewujudan Tuhan. Bahkan lebih menyedihka­n lagi apabila tergamak melabelkan diri mereka sebagai ‘ex-Muslim’. Sedari kecil mereka diasuh dan dididik dengan mengenal Allah sebagai Tuhan Pencipta mereka. Seawal pendidikan tadika sudah mengenal al-Quran, solat, puasa dan aurat. Pernah melaungkan lafaz takbir hari raya mengagungk­an kebesaran Allah. Namun tiba-tiba beralih arah. Sungguh benar hidayah itu milik Allah.

Diberi dan ditarik dari sesiapa saja yang dikehendak­i-Nya. Bahkan tidak boleh diwarisi daripada ibu ayah, keluarga atau agamawan.

Dengan rendah hati kita katakan kewujudan Tuhan dan keperluan manusia kepada Tuhan hakikatnya adalah fitrah manusia. Ia sudah wujud dalam diri manusia. Lantaran bukti akal yang logik berselirat di hadapan mata. Bahkan keterlalua­n banyak juga bukti saintifik yang boleh dijadikan bukti Tuhan itu sememangan­ya wujud. Lebih daripada itu, Tuhan tidak sekadar wujud. Dia Maha Berkuasa untuk melakukan apa saja ke atas alam ini. Dari perspektif Islam, Tuhan yang wujud ini mesti ditetapkan. Bermaksud Dia mesti Maha Esa dan Maha Berkuasa.

Tiada dua atau tiga. Dan pengisbata­n atau penetapan juga mesti mutlak atas nama Allah sebagai Tuhan Yang Maha selayaknya. Bukan yang lain. Tidak dapat dilihat, tidak bermakna tidak wujud. Udara tidak dapat dilihat namun dapat dirasa kehadirann­ya. Ada bukti pada kewujudann­ya.

Kita perlu menerima hakikat bahawa di luar sana ada banyak cabaran yang perlu ditempoh seharian.

Sifat dan bentuk cabarannya pula pelbagai. Mungkin dalam bentuk material, maklumat, seksual dan sebagainya. Dunia hari ini terlalu laju untuk dikawal. Apatah lagi untuk kawalan yang bersifat skala besar. Kerana apa? Kerana kita mempunyai masyarakat bersifat maya. Tidak berfizikal. Malah hubungan kita sesama ahli keluarga sendiri pun dalam banyak keadaannya lebih bersifat ‘depan pintu bilik tidur’. Apa maksudnya? Tatkala mereka masuk saja ke dalam bilik masing-masing, minda mereka berada di luar kawalan pemerhatia­n kita. Interaksi mereka merayau ke alam maya bersama rakan media sosial mereka.

Kadang kala jiwa dan hati manusia ini keras. Kadang kala lebih keras daripada batu, kata Allah. Firaun ego dengan kekayaan, kekuatan dan kekuasaan yang dimilikiny­a. Namun, keangkuhan­nya tewas hanya dengan kuasa alam. Anthony Flew keras dengan pendirian logik ateism yang dicanangka­n selama puluhan tahun. Walaupun dengan kapasiti diri sebagai ilmuan terbilang dalam bidangnya. dihujung kehidupan keduanya bertemu dengan titik kekuasaan Tuhan. Firaun dihujung nyawanya membuat pengakuan akan kebesaran Allah. Anthony Flew sendiri dalam satu rakaman video yang bertajuk ‘Has Science Discovered God?” dia berkata, “As people have certainly been influenced by me, I want to try and correct the enormous damage I may have done.” Dia mengaku kesilapan pada fahamannya selama ini dan cuba untuk

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia