Harian Metro

SUAMI ISTERI KORBAN TAYAR LORI

- Amran Yahya am@hmetro.com.my

 Suami isteri balik klinik tunggang skuter maut dirempuh tayar lori pasir seberat 150kg

Perjalanan pulang suami isteri selepas mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan menjadi detik terakhir apabila mereka menemui ajal selepas skuter dinaiki dirempuh dua tayar lori muatan pasir yang tercabut dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Kuala Pilah-Juasseh berhampira­n Ladang Juasseh, di sini, semalam.

Tragedi menyayat hati berkenaan berlaku pada jam 10.55 pagi, hanya 200 meter dari Klinik Kesihatan Juasseh di mana tempat pasangan terbabit Azizan Sahari, 43, dan isterinya Norbaiti Awang, 44, mendapatka­n rawatan pada jam 10 pagi sebelum itu.

Difahamkan, Azizan yang menunggang skuter Yamaha Ego bersama Norbaiti dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Putra, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanap­un, mereka dikatakan tidak sempat mengelak sebaik dua tayar lori seberat kira-kira 150 kilogram tercabut dan merempuh skuter dinaiki pasangan itu.

Seorang saksi enggan dikenali berkata, sebelum kejadian dia terserempa­k sebuah lori sarat muatan pasir dalam perjalanan dari arah Batu Kikir ke Kuala Pilah.

“Secara tiba-tiba dua tayar kanan bahagian tengah lori terbabit tercabut dan ‘terbang’ lalu merempuh skuter dinaiki pasangan itu yang datang dari arah bertentang­an.

“Akibatnya, kedua-dua mangsa tercampak ke pagar berduri Ladang Juasseh. Pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Juasseh dipanggil dan mereka mengesahka­n kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Sementara itu, kakak arwah Norbaiti, Zainon, 54, berkata adiknya bersama suami pergi ke klinik terbabit selepas mengadu sesak nafas.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat panggilan daripada jiran yang memaklumka­n adiknya terbabit dalam kemalangan.

“Pada awalnya saya menyangka hanya kemalangan biasa namun sebaik tiba di lokasi saya terkejut melihat keadaan mereka berdua tertiarap di celah pagar Ladang Juasseh.

“Saya tidak dapat menahan sebak kerana dalam sekelip mata mereka mening- galkan kami serta lima anak berusia 12 hingga 22 tahun.

“Kami turut bersimpati dengan nasib lima beradik itu kerana kehilangan ibu bapa dan buat masa ini kami belum berbincang bagaimana menguruska­n mereka.

“Arwah ada lima orang anak dan dua antaranya sedang menuntut di universiti awam manakala tiga lagi bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PASANGAN suami isteri tercampak ke pagar berduri.
PASANGAN suami isteri tercampak ke pagar berduri.
 ??  ??
 ??  ?? AZIZAN
NORBAITI
AZIZAN NORBAITI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia