Harian Metro

‘BOS POLIS’ BUKA PINTU HATI

3 BERANAK PELUK ISLAM

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

 Tiga beranak peluk Islam hasil usaha rakan sejak sedekad

Mereka berkenalan lebih 30 tahun lalu sehingga menjadi akrab atau sahabat baik walaupun berlainan agama dan bangsa.

Namun kira-kira 10 tahun lalu Cheng Koon Peng, 57, kerap bertanya mengenai agama Islam kepada rakan karibnya iaitu Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Sakri Ariffin.

Kesibukan tugas membataska­n pertemuan antara Mohd Sakri dan Cheng yang menetap di Ipoh, Perak sebaliknya Mohd Sakri berdakwah melalui telefon bimbit sepanjang tempoh itu.

Di telefon juga Mohd Sakri menjawab segala persoalan yang diutarakan Cheng mengenai agama Islam sebelum pada 23 Julai lalu, Cheng melafazkan syahadah memeluk Islam di Surau Khalid Al-Walid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

Selain Cheng, isteri dan anak tunggal mereka turut memeluk Islam pada hari sama dengan menggunaka­n nama Siti Hajar Abdullah, 45, dan Mohamad Ryan Abdullah, 16.

Lebih menarik lagi, Cheng menggunaka­n nama Ismail Sakri Cheng Abdullah iaitu hasil gabungan nama Mohd Sakri serta rakan karib Cheng yang hanya dikenali sebagai Raja Ismail.

Kisah Cheng dan keluargany­a memeluk Islam turut menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Ikuti pengakuan dan pengalaman Ismail Sakri sebelum dan selepas beliau memeluk agama Islam.

“Saya dilahirkan di Alor Star, Kedah dan rumah keluarga saya terletak bersebelah­an sebuah masjid. Setiap hari saya dengar azan dan ia berlaku sejak kecil sehingga saya besar sebelum saya berpindah ke Ipoh pada usia 30-an.

Ketika itu saya hanya mengenali Islam sebagai agama namun ketika bekerja di Ipoh, saya mengenali Mohd Sakri yang ketika itu bertugas di negeri itu serta Raja Ismail.

Pada saya kedua-duanya sangat baik, malah diri mereka juga membawa imej baik, sekali gus membawa gambaran ketenangan.

Ketika saya dalam kesusahan mereka berdua banyak membantu.

Sifat tenang yang ada pada mereka membuka hati saya untuk mengenali agama Islam sedikit demi sedikit.

Apabila saya tak faham atau ada persoalan saya ajukan pada Mohd Sakri dan jika boleh jawab, dia jawab jika tidak dia minta bantuan ustaz atau ustazah.

Malah mereka juga memperkena­lkan radio IKIM.fm kepada saya dan lima tahun sebelum memeluk Islam, saya buka siaran radio ini hampir setiap hari untuk memahami dan mendengar lebih lanjut mengenai agama Islam.

Kira-kira lima tahun lalu saya minum arak dan berjudi namun selepas saya memahami Islam saya tinggalkan semuanya.

Selepas meninggalk­an perbuatan itu hati saya jadi tenang walaupun ketika itu saya belum lagi memeluk Islam.

Dalam tempoh 10 tahun, Mohd Sakri banyak bantu saya terutama memberi jawapan dan penjelasan mengenai Islam meskipun saya belum menyatakan kesediaan untuk memeluk agama ini.

Informasi yang saya dapat melalui radio IKIM.fm juga banyak menambah ilmu saya mengenai Islam.

Sepanjang mengenali Islam, saya dapati agama ini mengajar umatnya melakukan kebaikan dan meninggalk­an kemungkara­n.

Saya lihat umat Islam dipenuhi dengan adab dan sopan santun, berbudi bahasa serta tidak melakukan perbuatan yang diharamkan seperti minum arak dan berjudi.

Selepas mengenali Islam saya belajar solat dan berpuasa sendiri dan bagi saya puasa bukan mudah.

Namun apabila sampai satu tahap hati saya terbuka untuk memeluk agama ini.

Apabila saya menyatakan hasrat ini kepada adik-beradik mereka hormat dengan pendirian saya kerana ini membabitka­n peribadi, malah ketika ini saya bekerja dengan abang di kilangnya dan menetap di dalam kilang ini bersama keluarga.

Sejurus menyatakan hasrat memeluk Islam kepada isteri dan anak, mereka tidak membantah apatah lagi mereka juga ada ilmu mengenai agama ini kerana hampir setiap hari kami mendengar ceramah di radio selain bantuan Mohd Sakri.

Kemuncakny­a apabila

sampai pada satu tahap saya percaya Tuhan iaitu Allah SWT itu satu dan pada 23 Julai lalu kami sekeluarga akhirnya memeluk Islam.

Tiada sesiapa memaksa saya dan keluarga, tetapi saya ‘terpaksa’ apabila percaya Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah SWT dan nabi terakhir.

Sejurus mengucap syahadah, hati saya lebih tenang. Memang kami lahir bukan Muslim, tetapi kini saya mahu memastikan kami meninggal dunia sebagai umat Islam.

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Mohd Sakri serta Raja Ismail yang banyak membantu saya.

Selama 10 tahun kami berhubung

melalui telefon saja kerana jarang berjumpa namun pintu hati saya terbuka untuk Islam.

Sehari selepas saya memeluk Islam, Mohd Sakri membawa saya menunaikan solat di sebuah masjid di Taman Malawati, Hulu Klang dan itu kali pertama saya menjejakka­n kaki ke masjid.

 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL Sakri Cheng (tiga dari kiri) mengucap dua kalimah syahadah bersama Siti Hajar
dan Mohamad Ryan.
ISMAIL Sakri Cheng (tiga dari kiri) mengucap dua kalimah syahadah bersama Siti Hajar dan Mohamad Ryan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia