Harian Metro

TANYA ARWAH ADIK SEBELUM ‘PERGI’

 Bapa sempat berbual menerusi telefon dengan anak perempuan dua minggu lalu

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

“Kali terakhir saya bertemu mereka pada hari raya keempat Aidilfitri lalu dan saya memang berjanji pulang hari ini (semalam) untuk berjumpa anak,” kata Abdul Wahab Al Hadi Alias, 35, yang kehilangan dua anak perempuan kerana disengat tebuan dalam kejadian di Kampung Batu Tiong, di sini, Selasa lalu.

Menurutnya, dia yang bekerja sebagai tukang rumah berada di Kampung Jerung di Marang kerana perlu membaiki banyak rumah selepas majikannya mendapat kontrak membaiki rumah keluarga miskin ketika kejadian.

“Kesibukan menyiapkan kerja menyebabka­n sudah lama saya tidak balik ke rumah dan hanya berbual dengan anak melalui telefon.

“Minggu lalu, kedua-dua anak perempuan saya ada menghubung­i dan mereka maklumkan sangat merindui saya sebelum berjanji akan pulang menemui mereka,” katanya.

Abdul Wahab kehilangan Iffriah Darwisha, 3, dan Irdina Batrisyia, 8, selepas kedua-dua anaknya itu meninggal dunia pada malam Selasa lalu dan pagi semalam.

Iffriah meninggal dunia jam 10.30 malam Selasa ketika menerima rawatan di Hospital Dungun selepas dia bersama dua saudaranya diserang ratusan tebuan ketika bermain di kawasan rumahnya jam 6.30 petang, Selasa lalu.

Irdina pula meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu jam 2.30 pagi semalam.

Menurutnya, dia segera pulang ke Dungun selepas dimaklumka­n mengenai kejadian itu dan sempat menguruska­n pengebumia­n Iffriah sebelum ke HSNZ untuk melihat Irdina yang dirawat.

“Saya sempat meminta maaf dan memeluk Irdina yang ketika itu sudah lesu. Saya juga sebak apabila terkenangk­an arwah Iffriah yang beria-ia menunjukka­n baju-T baru yang dibeli ibunya.“Sebak sangat hati ini apabila terkenangk­an arwah berdua tetapi sudah takdir Ilahi pengakhira­n mereka begitu dan saya harus reda atas suratan-Nya,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Zuriati Abdul Ghafar, 35, berkata, arwah Irdina sering bertanyaka­n mengenai Iffriah ketika menerima rawatan HSNZ.

Menurutnya, walaupun tidak bermaya, Irdina masih boleh bercakap dan beberapa kali dia bertanya mengenai Iffriah, tetapi keluarga terpaksa merahsiaka­n adiknya sudah meninggal dunia.

“Dia tanya kepada saya kenapa adiknya tidak ada di hospital kerana dia tahu Iffriah lebih teruk kena sengat berbanding dirinya. Saya beritahu adiknya sudah sihat dan juga sudah balik ke rumah,” katanya.

Sementara itu, suasana pilu menyelubun­gi Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Tiong ketika pengebumia­n Irdina di sebelah pusara adiknya yang baru dikebumika­n kelmarin.

FAKTA Kakak kerap

bertanya mengenai arwah adik sebelum

meninggal

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Wahab (tiga dari kiri) mengusung keranda Irdina Batrisyia yang meninggal dunia selepas disengat tebuan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Tiong. ZURIATI mencium baju Iffriah Darwisha.
ABDUL Wahab (tiga dari kiri) mengusung keranda Irdina Batrisyia yang meninggal dunia selepas disengat tebuan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Tiong. ZURIATI mencium baju Iffriah Darwisha.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia