Harian Metro

Md Zahir terima rawatan susulan di Malaysia

-

Setar: Profesor Madya Md Zahir Mat Cha, 51, yang koma selepas diserang angin ahmar di Sydney, Australia sejak 31 Julai lalu akan menerima rawatan susulan di Malaysia sebaik tiba ke sini, hari ini.

Md Zahir yang juga Timbalan Pengarah Pusat Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dijangka tiba jam 5 pagi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Anaknya, Nur Asniza Md Zahir, 22, berkata, bapanya dijadual bertolak jam 10 malam semalam (waktu Malaysia) dan ahli keluarga bersama pihak Wisma Putra kini menguruska­n untuk membawa pulang bapanya selepas keadaannya semakin stabil.

Menurutnya, sebaik tiba, bapanya akan dirawat sama ada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau Hospital Sungai Buloh.

“Kos rawatan di sana setakat seminggu ini mencecah AUD$83,000 (RM280,595) dan jumlah terkumpul setakat ini hasil bantuan rakyat Malaysia dan UMNO Kedah termasuk UUM (Universiti Utara Malaysia) RM150,000.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurk­an bantuan meringanka­n beban kami dan berharap ayah pulih dan selamat kembali ke Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan cek AUD$10,000 (RM34,000) daripada Biro Kebajikan UMNO Kedah (BKUM), di Wisma Darulaman, Alor Setar, di sini, semalam.

Sehubungan itu, keluarga itu merayu bantuan dan mereka yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh menghubung­i adiknya, Mastah di 013-5837145 atau menyalurka­nnya melalui akaun Maybank 1520501788­92.

 ??  ?? PENGERUSI BKUM Kedah, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin menyampaik­an cek kepada Nur Asniza, semalam.
PENGERUSI BKUM Kedah, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin menyampaik­an cek kepada Nur Asniza, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia