Harian Metro

Sikap aneh Pattinson

Pelakon filem Twilight enggan terlalu terbuka bercerita kehidupan peribadi

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Lagi banyak berkongsi kisah saya dengan media, mereka akan mencipta pendapat sekali gus membuat andaian sendiri mengenai diri saya

pattinson

Bintang filem Twilight, Robert Pattinson nampaknya bukanlah selebriti yang terlalu mengejar populariti.

Dalam satu temu bual bersama media antarabang­sa baru-baru ini, pelakon berusia 31 tahun itu mengakui cuma ‘menghilang­kan diri’ selepas menempa nama menerusi filem romantik itu.

“Ada beberapa cara untuk saya ‘menghilang­kan diri’ dan tidaklah terlalu sukar. Namun, seseorang itu perlu sanggup menjalani hidup yang agak pelik.

“Ia memerlukan usaha dan tak ramai orang yang mampu dan sanggup mengharung­i kehidupan luar daripada kebiasaan, semata-mata untuk lari daripada glamor,” katanya.

Usahanya itu nampaknya berbaloi dan dia sendiri berpuas hati.

“Ada satu ketika, saya terpaksa lari dan bertukar pakaian dengan rakan semata-mata untuk mengelak paparazi.

“Namun, semuanya berbaloi dan usaha saya berbayar. Selepas beberapa ketika, mereka (paparazi) menganggap saya seorang yang menyusahka­n kerja mereka dan mereka pun berhenti,” katanya.

Pattinson juga nampaknya tidak terlalu terbuka bercerita mengenai kehidupan peribadiny­a, lebih-lebih berkaitan cinta.

Dia yang kini tunang kepada penyanyi dari

Britain, FKA Twigs tidak berkongsi terlalu banyak dan nampaknya belum merancang melangkah ke alam perkahwina­n.

Antara sikap Pattinson yang agak aneh dan lain daripada selebriti lain ialah dia ingin dirinya disalah erti oleh peminat.

“Manusia sentiasa berubah. Lagi banyak berkongsi kisah saya dengan media, mereka akan mencipta pendapat sekali gus membuat andaian sendiri mengenai diri saya.

“Jika saya melakukan yang sebaliknya atau melakukan sesuatu di luar jangkaan, mereka akan menganggap saya hipokrit pula.

“Kerana itulah saya simpan kebanyakan­nya untuk diri sendiri dan biarkan masyarakat terus menyalah erti semua perkara mengenai saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia