Harian Metro

HARIMAU MUDA IDAM LANGKAH KANAN

 Kim Swee mahu anak buah lebih berdisipli­n, fokus benam Brunei

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Tiga mata penuh seharusnya menjadi milik skuad bawah 22 tahun (B-22) negara apabila turun aksi pertama menentang Brunei dalam Kumpulan A di Stadium Shah Alam, hari ini.

Selain tidak mahu anak buahnya mengambil mudah, jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee mengingatk­an anak buahnya supaya tidak buat ‘hal’ di dalam padang supaya insiden di Singapura dua tahun lalu tidak berulang.

Pada Sukan SEA 2015, Malaysia bergelut untuk menundukka­n pasukan kerdil Timor Leste dalam perlawanan pertama selepas dikerah beraksi dengan 10 pemain hampir sejam apabila pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor dilayangka­n kad merah kerana meludah pemain lawan.

Gara-gara tindakan itu, Nazmi digantung enam perlawanan dan terus dihantar pulang sekali gus menyebabka­n Kim Swee kehilangan seorang pemain bagi mengharung­i baki saingan peringkat Kumpulan B.

“Pada kelayakan AFC (B-23) di Bangkok, pemain hanya mendapat dua kad kuning, ini menunjukka­n pemain kita semakin berdisipli­n dan saya harap perkara ini berterusan tapi kita tak boleh jangka apa yang bakal berlaku di dalam padang.

“Saya tak nak lagi perkara atau insiden sama berlaku seperti di Singapura yang menjejaska­n kekuatan kita dari segi pemilihan pemain,” katanya.

Malaysia tidak ada masalah menewaskan Brunei 2-0 dalam saingan Kumpulan B di Singapura namun gagal ke separuh akhir apabila hanya menamatkan kempen di tangga ketiga di belakang Thailand dan Vietnam.

Kim Swee berjaya membimbing pasukan juara pada 2011 di Jakarta namun gagal dalam dua edisi seterusnya di Myanmar dan Singapura namun beliau percaya semangat anak buahnya agak berbeza apabila beraksi di depan penyokong sendiri.

“Perlawanan dengan Brunei bukan mudah seperti yang kita lalui ketika menewaskan mereka pada edisi sebelum ini. Saya tidak boleh pilih pasukan mana yang paling sukar kerana kami akan fokus satu demi satu perlawanan kerana semua pasukan buat persediaan rapi.

“Sebagai pasukan tuan pertaruhka­n sentuhan anak saudara Sultan

Brunei, Faiq Jefri Bolqiah yang memiliki pengalaman bersama skuad remaja kelab Inggeris, Leicester City dan turut tampil di Sukan SEA Singapura 2015. rumah, sudah pasti kami mahu layak beraksi ke final,” katanya.

Selain

Brunei, skuad

B-22 negara akan berdepan

Singapura,

Myanmar dan

Laos dalam mencari tiket ke separuh akhir.

 ??  ??
 ??  ?? SKUAD B-22 negara ceria selepas sesi latihan semalam.
SKUAD B-22 negara ceria selepas sesi latihan semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia