Harian Metro

Mercun halau babi hutan ‘makan’ jari

-

Kuala Terengganu: Niatnya menghalau babi hutan menggunaka­n mercun, namun tindakanny­a itu memakan diri apabila jari tengah tangan kanannya putus terkena letupan mercun bola itu.

Mohd Shah Nizam Mamat, 23, yang berasal dari Jeli, Kelantan, berkata, sebelum kejadian jam 9 pagi Jumaat lalu, dia bersama abang kandung yang tinggal di Kampung Baru Kemasik, Kemaman bertolak ke hutan Air Putih untuk menjerat burung.

Ketika khusyuk menjerat burung, seekor babi hutan tiba-tiba membuat gangguan di sekitar jerat burungnya.

“Saya teringat ada mercun bola lama di dalam kereta lalu mengambiln­ya untuk menghalau babi itu.

“Bagaimanap­un, nasib lebih menyebelah­i babi itu apabila mercun bola untuk dilempar padanya terkena saya dulu.

“Sumbu mercun itu terpadam tiba-tiba dan saya menyalakan semula sebelum ia terus meletup dalam genggaman tangan,” katanya yang berasal dari Jeli, Kelantan.

Menurutnya, letupan kuat itu menyebabka­n telinganya bingit sehingga matanya terpejam rapat.

Sebaik membuka mata, dia tergamam melihat tangannya melecur teruk dan jari tengah tangan kanannya hancur.

“Tanpa berlengah, abang saya terus membalut tangan dengan kain dan bergegas menghantar saya ke Klinik Kesihatan Durian Mas sebelum diminta ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menjalani pembedahan,” katanya yang bekerja sebagai mekanik.

Menurutnya, doktor memberitah­u jari tengah tangan kanannya terjejas teruk dan tidak dapat diselamatk­an.

“Saya sebenarnya tak suka main mercun meskipun pada musim perayaan. Saya tetap reda atas ketentuan ini,” katanya.

 ??  ?? MOHD SHAH NIZAM melihat keadaan jarinya yang terkena mercun.
MOHD SHAH NIZAM melihat keadaan jarinya yang terkena mercun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia