Harian Metro

Waspada panggilan palsu minta bayar saman trafik

-

Polis mengesan sindiket yang cuba menipu orang ramai dengan menyamar sebagai anggota atau pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan meminta memasukkan wang ke dalam akaun tertentu untuk menyelesai­kan saman atau kes lain.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, sindiket ini dipercayai cuba mencari keuntungan dengan melakukan panggilan palsu terhadap mangsa.

Menurutnya, kewujudan sindiket itu dikesan selepas kebelakang­an ini, IPD Putrajaya menerima panggilan telefon daripada orang ramai bertanya sama ada kenderaan mereka terbabit kes kesalahan trafik dan langgar lari.

Sepang: Universiti Kuala Lumpur-Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL- MIAT) menghantar penuntutny­a ke Perancis untuk menjalani latihan amali di syarikat aeroangkas­a global, Airbus dan syarikat pembuat enjin pesawat terkemuka, Safran Aircraft Engines (Safran).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara dasarnya kedua-dua syarikat bersetuju menjalin kerjasama itu, tetapi belum menandatan­gani perjanjian persefaham­an secara rasmi.

“Kita nak wujudkan lebih banyak kerjasama untuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia